Tuesday, May 19, 2009

penangan HAGEMARU


Kalau dulu terlalu fanatik dengan rancangan Tom Tom Bak dan Aznil pantang tengok gambar Aznil kat TV atau poster kat tepi jalan ke highway ker terus sebut ," mama aznik, Tom tom bak"
Sekarang kesukaan sudah bertukar, bukan dah tak minat Tom Tom Bak masih lagi minat tetapi agak berkurangan selepas menonton siri kartun HAGEMARU.
Sekarang bila balik rumah terus jer minta buka chanel Ceria 611 sebab nak tengok HAGEMARU Lepas tu boleh ingat pulak lepas ni citer kartun apa. Kalau tengok mata tak berkedip kalau boleh nak rapat dgn TV siap senyum-senyum dan gelak sendiri lagi. Kerana penangan HAGEMARU suatu malam sedang aku menaip kat lab top dia datang sambil nak duduk atas riba. Lepas dia tengok aku menaip blog dengan lajunya....
lancar jer mulut dia kata, "Wahhhh...hebatnya mama," aku rasa ayat-ayat itu memang datangnya daripada rancangan HAGEMARU itu.
Sekarang ni dah jadi perkataan dia ler..pantang ler kalau aku tengah iron baju ker...atau lepas suapkan nasi perkataan yang akan dia kata ialah," wahhh hebatnya mama" atau pun "wah...pandai mama " atau "Wahhh...bijaklah mama"
kalau boleh semua perkataan akan bermula dengan Wahhhh...kalau dalam kereta tengok lori besar atau kereta besar pun perkataan wah juga yg keluar dulu.

3 comments:

Cikgu Liza said...

Pandai Durrani gunakan kata seruan Wah...Anak aku pulak suka kata "gasak tak tahu..."" inilah manusia berperangai pelik".Penangan Hagemaru.(mama dia pun suka gak tengok...)

INTAN said...

citer tu mmg best...bkn je budak2..mak budak pun suka

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam, jalan2 jumpa u nyer blog.. Kita dah follow awak.

Memang bez citer HAGEMARU nie..

Anak kita pun terikut2...Kita pun sama...