Semalam lepas balik keje Durrani merengek nak makan telur, biasanya dia makan telur goreng jadi aku pun goreng dan letak dalam pinggan kemudian bagi kat dia. Lepas tu dia tak nak...sambil nangis-nangis, dan terbalikkan pinggan yang berisi telur goreng itu. Hangin juga ler aku dah ler kepala masih pusing lagi. Aku diam jer kemudian buat-buat merajuk dan masuk dalam bilik buat-buat tidur ler kononnya...pastu tak sampai hati pula tengok dia kat luar...sambil memegang telur minta aku masakkan lagi. Jadi aku pun rebus ler telur tu sebab yg goreng dia tak nak...jadi aku rasa mesti dia nak yg rebus.
Bila dah siap rebus aku tunjuk kat dia.."Durrani nak telur ini ya???
Dia senyum sambil angguk-angguk.
lepas dan kopek aku terus letak kicap...terus dia makan dengan berseleranya.
Ohhh..patutlah aku yang tak faham, kanak-kanak biasanya bercakap benar. Apa yang dirasa drp hati, itulah yang dimahukannya. Walau diberi yang lain..tetap mahu yang itu juga. Cuma aku yang tidak memahami keinginannya.
lepas dah habis makan dia serah mangkuk telur dan berkata, " mama...mama..cedaplah mama macak". Sambil tersenyum....
Aku tergamam sekejap..."pandai dia nak ambil hati aku, walau hanya sebiji telur rebus."
3 comments:
alahaiii...
peristiwa bermakna di hari ibu :)
hehhehhee telur rebus... bkn telur goreng.. minyak oo goreng...tgh diet tu
Post a Comment