Kalau dah ajal di mana-mana pun akan meninggal juga...
Kalau dah sampai ajal tidak mengira umur tua atau muda,
sakit atau sihat..
Tapi kata orang juga kemalangan boleh dielakkan,
Berwaspada dan sentiasa berhati-hati,
Tidak lalai dan leka barang sesaat...
Katanya, dia benar-benar tidak menyangka pertemuan itu berakhir tragedi kerana sebelum itu sudah melarang anak dan adiknya menghampiri kawasan kolam berkenaan.
“Mereka berdua memang rapat berikutan jarak usia mereka hanya berbeza setahun,” katanya.Menurutnya, dia tidak menyangka rayuan Munirah supaya Akil terus tinggal bersamanya beberapa hari lalu permintaan terakhirnya sebelum mereka berdua ditemui lemas. “Munirah berkali-kali mengungkapkan perkataan rindu kepada Akil dan memintanya jangan pergi jauh. Malah, arwah sering bertukar pakaian dengan Akil seperti ada sesuatu tidak kena dan dan keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.“Saya tidak menyangka dalam sekelip mata akan kehilangan anak sulung dan adik kandung. Saya percaya mereka pergi ke kolam itu untuk melihat ikan ternakan bapa sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam berkenaan,” katanya.
/me: Anak-anak kecil bawah 7 thn jgn dibiarkan bermain bersendirian, tanpa ditemani org dewasa.
4 comments:
sedih nya berita ni....sian budak2 tu...kecik lg..lemas plk tu...adoi...cmna prasaan kalo jd pd dri sndri ni...susah nk byg kan...
Teringat dulu Anis pernah jatuh telaga kat kampung Parit Tok Ngah.Mujur arwah bapak perasan ada benda jatuh dalam telaga.Alhamdulillah, Anis selamat.Sampai sekarang aku lebih berhati-hati semasa balik ke kampung.Maalum la anak-anak ni bila balik kampung, seronok dia tahap maksima.Lupa soal keselamatan.Kita orang dewasa ni kena la prihatin.
sian....ajal dh sampai....mmg xleh nk halang...tp....mmg menyedihkan la...
sudah ajal... namun kekesalan pasti dirasakan... al-fatiha...
Post a Comment