Sunday, May 24, 2009

ke taman

Petang tadi seperti biasalah kan tujuan sebenarnya nak keluar makan jer..al maklumlah dapur tidak berasap hujung minggu ni haruslah makan di luar. keluar pun dah jam 3.30 petang. Makan di restoran Anjung dekat The Mines tuh.
Lepas dah habis makan dalam jam 5 cam tu teringat nak bawa budak2 ni main kat taman. dah lama betul Durrani tak main gelungsur. Sian kat dia asyik dok rumah tak pun balik kampung.

Kita orang singgah kat taman tasik cempaka jer kat bangi ni. dah selalu juga ke situ. Situ jerlah taman untuk org2 bangi nie. Mmg ramai family bawa anak-anak main kat sini. kalau nak gelungsur tu memang kena ikut turn lah..ramai bebeno. Mula-mula dia jadi pemerhati jer..malas nak main agaknya..lepas tu dia yang tak berhenti main.

Adik pun sibuk juga nak main sib baik lom pandai jalan lagi.

Ini jerlah kesukaan dia itu pun yg rendah2 jer yang tinggi2 dia tak berani lagi.
Masa nak jalan kat sini, mak aiii punyalah slow..kejap2 tengok bawah.."tatut jatuhlah mama" dia jerit.
"mana ada jatuh ehhh..tengok ni" kata aku sambil pijak kuat2 biar bergegar sikit besi tu..penakut betul si Durrani ni..agaknya mewarisi sifat aku kot yang agak penakut jugak dalam serba serbi ..keh..keh..keh..
Dalam perjalanan balik fahim dah tidur dlm kereta, Durrani jalan terhoyong hayang, " abah nantuklah..penatlah abah" katanya.
sampai rumah terus cari bantal dan tidur dengan lenanya tanpa sempat mandi.



2 comments:

dyeiza said...

asyik2 makan kat rest tanjung jer..pegi ar makan tempat lain sam..mu nih ubahlah selera tue skt..asyik2 mkn nasi ayam jerk.

arediks92 said...

hahahha gaya santai duranni