Thursday, May 21, 2009

ohh mangga

Balik kg tak sah ler kalau tak makan mangga. Minggu lepas masih muda, balik minggu ni dah masak dah. Manis dan masam-masam gitu. Nama pun mangga kan, jenisnya kuinin. Mmg sedap ler time masak ni. Sebab itu ler perut rasa tak sedap jer asyik nak ke toilet jer ubat pelawas betul nampaknya. Ttp skang dah ok sikit...
Lepas tu terpandang ler pokok manggis kat halaman rumah ada dua pokok. Dah berbuah tp masih hijau2 di pokok. Maunya sebulan lagi kot baru barulah kulitnya bertukau ungu, masak betul kata orang. Alahai tak sabo nak tunggu masak, rambutan pun dah berbunga dah..ttp dorang tak excited sangat aku jer yang excited tgk manggis tu bergayutan di pokok. Rasa tak sabo jer nak makan...hari tu banyaknyer sampai terpaksa dijual sebab dah tak larat nak makan manggis. maunya panas badan kalau mkn banyak sgt. 'Ubat' sakit tekak pun ia jugak.
Ttp paling best balik kg sana (sebelah husband) dok bawah pokok manggis sambil bersembang ngan ipar duai...sejuk jer rasanya..sambil dok perati ayam-ayam berkejaran. Masih ada lagi ayam kat sana...durrani ngan fahim pun syok jer dok tengok ayam..'perak' dan 'jakun' org Perak kata. kalau kg aku susah lah nak cari ayam hidup nie. Ayam bogel banyaklah la pasar.

3 comments:

INTAN said...

aku baru beli pelam siam kat hentian bky gantang smlm..hehe..lupa lak nk mkn

arediks92 said...

ermmm hehehhe suker mangga muda
teringat masa mkn kt jelita dulu cecah plak... sambal kicap huhh berasap!

dyeiza said...

uit..sedapnya..pelam...