Monday, May 25, 2009

sepandai tupai melompat yer ustaz rock

Orang kata bangkai gajah susah nak tutup, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kebenaran akan muncul, kepalsuan akan hilang sendiri.


KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
(beginilah apabila kepercayaan isteri telah disalahgunakan. kdg2 ayat mengatakan jgn percaya suami 100% boleh diguna pakai juga)

Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

(isteri mana-mana pun takkan sabar..bila suami buat hal dgn pompuan lain. Boleh pula tak balik umah tgk isteri dan anak2. Tengok wayang boleh pula dgn waheeda ni)

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.
(suami apa gini..kalau dah 3 bulan tak balik umah..tak bg tau ke mana dia pegi. macam ler sibuk sgt kan ker ada teknologi sms, mms, internet,hp...aarrhhgg cari alasan jer tu)
“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya. Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.
(isteri yang solehah apabila sentiasa berprasangka baik kpd suami. ttp kalau suami dah menyalahgunakan kepercayaan itu bagaimana pula? )
“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
(betapa baiknya pompuan ni kerana sanggup benakan suami dia kahwin lain, aku rasa tak ramai isteri yang macam dia. Aduh apa lagi yang ustaz rock ni nak pun tak tahulah)
Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.
(takkan tak ada hubungan ttp boleh keluar tgk wayang berdua. kalau ikutkan tgk wayang dgn suami orang dah berdosa dah tuh..bukan muhrim...bercanda kat pantai pulak tu wpun ditemani org lain ttp kan tak manis)
Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru. “Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.
(Semoga maizawati mendapat kebahagian selepas ini, lambat laun kebenaran akan terbukti juga)
me/ lepas ni kita baca ler pulak apa alasan ustaz rock dan waheeda wassini ni..nyampah aku!!!!!


5 comments:

ANAKIRANA said...

kan dah kata..kalo artis berdolak dalih tu..mesti betulnya


sama kes ngn memeh norman tu ja...tak balik umah

cian la kat wife yg setia..ngn nk jaga anak 6 org lagi..ni geram niiiiiiiiiiiiiii

Cikgu Liza said...

Mulai sekarang aku dah tak mau tengok rancangan cafe akhil Hayy tu...tanda protes.(memang jarang tengok pun...)

Yan said...

ermm mmg konfius sbb waheeda beriya2 menafikan.. pastu kata dia buat ni sbb nak menjaga aib ke ape ntah..

ke dia nafikan sbb famili dia yg takleh terima dia bermadu???

ishh kite lak wat speku hehehe

ennieva fauzi said...

Jangan lah kita bertopengkan agama. Hidup biarlah bersederhana,asalkan tahu hukum-hakam...

MeL said...

sedih baca news ni..kalu da namanya artis melayu tu, hiprokrit mesti ada..xlayak nk dipanggil ustad klu xbertanggjwb pd keluarga.