Wednesday, May 13, 2009

komen ustaz rock


Komen daripada ustaz rock berkenaan gambar bercanda bersama Waheeda di tepi pantai

“No komen, no komen. Ana (saya) tidak mahu cakap apa-apa. Cuma ana boleh katakan bahawa gambar itu diambil untuk adegan-adegan lakonan.
“Kalau ana cakap lebih-lebih orang boleh menyampah dengan ana,” ujarnya yang menganggap gosip dirinya dan Waheeda yang tidak pernah selesai merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.
“Dengan kecanggihan dunia Internet, orang boleh buat apa sahaja. Mereka bebas menyiarkan gambar. Bukan industri seni sahaja tetapi semua termasuk politik ujarnya.
Akhil menambah: “Ana tidak faham, kenapa orang mahu kecoh-kecoh. Bukan ana pegang si Wawa (panggilan Waheeda) pun dalam gambar tu. Lepas itu mereka kaburkan gambar dua orang lagi. Kenapa?,” Akhil bertanya kembali.
Sampai bila agaknya orang akan terus bercerita, tanya saya. “Jawapan bagi persoalan ini (hubungan dengan Waheeda) tidak ada. Jadi jangan direka-reka.
“Ini semua dugaan bagi ana. Ana terima,” terang Akhil lagi yang menyatakan dia tidak rimas dengan pertanyaan umum. Baginya, selagi orang bertanya maka selagi itulah orang mengambil tahu akan dirinya.
“Agaknya kalau ana hanya berdakwah di dalam masjid dan surau, sudah tentu tiada cerita kontroversi ana. Tiada ada orang mahu fitnah itu dan ini,” kesalnya yang memang telah masak dengan lumrah hidup selebriti.
“Ana mahu orang lebih ambil tahu akan dakwah dan karier ana. Ana takut orang menyampah pula dengan ana disebabkan kontroversi demi kontroversi,” kata Akhil lagi.

/me: Kontroversi boleh dielakkan..kalau dah diri sendiri yang mencari kontroversi nak buat lagu mana???

2 comments:

Anonymous said...

ooooooo

INTAN said...

panggil pun nama manja "wawa" gitew