Friday, June 28, 2013

cerita penjual keropok


 Bagi yang pernah melalui highway Sungai Besi menuju ke Bangi dan singgah di stesen minyak petronas, shell pasti akan bertemu dengan lelaki sudah berusia sedang mengusung sekampit plastik besar berisi keropok ikan.
Rata-rata mereka berusia dalam lingkungan 50-an ada juga pernah saya jumpa dalam 60-an sudah bongkok berjalan. Mereka ni kebanyakannya orang kelantan drp percakapan atau mungkin juga dari daerah Selatan Thai patani.
Mereka ini ada dalam 4-5 orang yang akan menunggu orang yang memasuki kawasan di situ. Kemudian menghulurkan keropok untuk dijual. Untuk saiz biasa keropok dijual berharga RM20 sehingga RM30 mmg jauh mahal sedikit drp biasa.
Saya rasa kebanyakan orang membeli disebabkan kasihan. Saya juga pernah beberapa kali ketika sedang membeli KFC (drive thru) berdiri di cermin tingkap seorang lelaki tua yang boleh dipanggil pakcik.
"Belilah sekampit RM20 boleh kurang RM16 kalau adik nak. Sian ko pokcik dah satu hari laku 2 jah,"
Seperti saya kebanyakan yang membeli disebabkan rasa kasihan. Apa yg saya  bayangkan jika lelaki itu ayah, datuk atau juga pakcik sendiri. Tapi pernah juga saya tolak bukan kerana tidak mampu tapi jika seminggu 3 kali mengisi minyak dengan keropok yg masih ada belum digoreng di rumah, sudah tentu saya menolak. Lagipun kalau lama-lama disimpan nanti tidak sedap kerana lemau.

Pernah satau ketika mahu menitis air mata melihat lelaki tua yg sudah bongkok pergi dr satu kereta ke satu kereta namun malangnya semua tidak mahu membeli keropoknya.  Saya yang ketika itu berada di dalam stesen minyak keluar dengan harapan mahu bertemu dengannya malangnya dia tiada dan sudah beredar.

Mgkin ada yang menjemuh yerlah kalau sudah acapkali ditahan untuk membeli keropok. Tapi dr sudut lain mgkin hanya ini mata pencarian mereka. Mereka mencari rezeki halal.  Cara saya senang jika tidakmahu beli tidak mengapa, beredar saja dan ucapkan kata yang lembut dan manis. jangan ditolak dengan kasar atau bahasa kesat mereka juga manusia seperti kita.

Kalau di kawasan Bangi ini sudah ada penjual keropok wanita lagi kasihan sebabnya mereka ni membawa plastik yang besar mengusung di bahu berjalan dalam keadaan cuaca yang panas.
Dalam 2 bulan lepas ketika tu saya minum di Kopitiam Bangi berseorangan disebabkan lapar kerana tidak makan tengah hari.

Tiba-tiba datang seorang makcik meminta saya membeli keropok. Sebelum tu saya sudah membeli di petronas dengan penjual lelaki. Dalam hati kasihan, tapi nak beli sebab masih ada lagi jadi saya ajak dia makan dan minum. Dia menolak sebab katanya masih kenyang. Saya berbual dengannya..
menurut wanita itu dia berasal dr Selatan Thai..oh betulllah sangkaan saya. Biasanya mereka datang pagi hingga ke petang tidur selama seminggu menjual keropok dan pulang ke sana semula semata-mata ingin mencari rezeki. Oleh kerana kasihan saya beli juga sekampit kecil.

Setelah wanita itu beredar 30 minit kemudian datang pula seorang lg wanita membawa keropok yg sama mungkin mereka ni satu kumpulan yang sama. Dia merayu-rayu supaya saya membeli katanya hari ni tiada rezeki.

Serba salah pula dibuatnya...hendak dibeli keropok sudah ada.
lantas saya memberikan sedikit sedekah.."cuma ni jer saya mampu makcik, minta maaf tak dapat beli sebab saya sudah beli tadi," kata saya.

Sebaik memberi sedikit wang saya beredar...saya melihat dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih...mungkin akan ada rezekinya selepas ini. Hanya itulah doa saya.





Saturday, June 22, 2013

ada gaya Masterchef tak?

 Event minggu lepas anjuran Maggi Nestle di Menara Surian, ada pertandingan memasak menggunakan bahan Maggi.

 Setiap kumpulan dikehendaki memasak menggunakan bahan dalam peti misteri. Ala-ala masterchef pula.


 Kumpulan kita orang kena masak kari ayam, nasi goreng kampung dengan sup sayur. Saya masak kari ayam tak pernah guna perencah Maggi sebelum ni dan guna yogurt ganti dgn santan.
Belasah jer uols...
Komen dari chef: kenapa kari ni cair? tapi rasanya sedap ...(tu ayat nak jaga hatilah tu kot hehheh)

Tengok tu betapa meriahnya..



Friday, June 14, 2013

hari manjakan diri di spa

 Saya bercuti selama seminggu setengah pada minggu lepas sempena cuti persekolahan. Cuti tak ke mana pun hanya balik kampung jer. Sebelum start kerja sempatlah memanjakan diri di spa dulu. Sebelum tu Isnin saya ke Midvalley mencari baju raya anak-anak. Masa yang ada digunakan sepenuhnya nanti kalau dan puasa memang dah penat nak bershopping.


 Hari Selasa pula saya ke Spa Alammi di Hotel Concorde Shah Alam. Pergi berdua dengan Kak Zaina (Pr Dr Azizan) best sikit sebab ada teman. Memang best service kat sini juruterapinya Melayu dan dia orang akan buat seperti mana yang kita minta sama ada nak bg tumpuan bahagian upper body atau lower. Lepas massage mmg lega.


 Mana tak best kalau ada orang yang urut kaki kita masa tengah lenguh-lenguh nie. Bayaran pun tak mahal sebab ada pakej rasanya untuk urutan saja dalam RM120.



Lepas dah massage perut pun jadi lapar jadi saya bersama kak Zaina ke restoran Chef Zubir di seksyen 13 Shah Alam...Laman GrillNi kali kedua makan kat sini ...dulu makan ramai-ramai juga dengan kawan-kawan kak Zaina sekarang ni berdua jer.

 Ni bahagian depan restoran

 Sebab dulu dh order lasagna kali ni makan salmon pula...nama makanan ni panjang. Sedap...terasa kemanisan salmon dengan baby tomato panggang tu. Kentang lenyek pun sedap...kupang pun sedap...memang sangat kenyang.

 Kak Zaina order crab..simple tapi mmg lain drp lain.

 Ok ni desert pula. Puding bersama caramel rasanya...mmg sangat sedap dan tak manis sangat.

Diakhiri dengan gambar maggo juice.

Oh Chef Zubir akan buka restoran di Bangi tapi kat area Kajang sebenarnya.Hari tu dah tengok tapi belum buka lagi tengah renovation. Kalau rasa teringin nak makan bolehlah lepas ni ke Bangi pula. Oh harga not bad...kalau salmon tu dalam RM31++ yg crab tu pun dalam RM30 lebih  juga rasanya...sesuai la dengan makanannya.