Wednesday, May 6, 2009

melawat anak buah

Semalam aku pegi melawat anak buah, Iqbal kat Pusrawi Jalan Tun Razak. Masuk ni dah 2 kali dia masuk wad sebab alahan. kali pertama kat hospital di Kelantan sebabnya jangkitan virus di paru-paru berpunca drp bulu kucing. Memang anak buah aku ni suka sgt dengan kucing segala jenis kucinglah tak kira anak kucing atau mak kucing. Suka gesel, cium-cium kucing tuh. memanglah kan bulu kucing ni bahaya tambah-tambah kalau dekat budak-budak yang masih dibawah umur 7,8 tahun. kali kedua ni pula dia kena selepas makan coklat terus jer muntah-muntah dan cirit birit tanpa henti. mungkin alah drp makanan, ttp tak tahu plak makanan apa yg dia alah, atau mungkin juga paru-paru dia masih tak ok...jadi apa-apa habuk, atau brg2 yg tak bersih cepat jer kena balik. Nasib baik cepat bawa pegi hospital...

Masa aku tengok semalam Iqbal dah ok dah, dah boleh gelak-gelak dan senyum-senyum. Tapi still masuk air lagi.
Ni pula adik dia Amsyar baru sebulan lebih terpaksalah berkampung di hospital dua malam sebelum Iqbal boleh keluar petang ni kot. Oklah tuh dah sihat.


No comments: