Pagi=pagi ni apa kata kita santaikan minda sekejap..lepas tu baru sambung buat keje..ekkk
SEXAlkisah seorang anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..
Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya tidak tertinggal dalam arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberi jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya daripada zaman universiti sehingga kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang sangat, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........
Tersilap kereta
Citer ini berlaku di Jalan Loke Yew. Satu malam seorang gadis namanya Sally baru pulang daripada party, tak tahu berapa gelas dia minum sehingga mabuk. Ketika pulang ke rumah polis mengadakan sekatan jalan raya dan meminta lesen memandu Sally, dalam masa sama berlaku kemalangan berhadapan kereta Sally. Kemalangan itu menyebabkan polis berlari untuk menyelamatkan nyawa pemandu. Melihat polis berlari ke tempat kejadian Sally yang gabra terus memandu kereta pulang ke rumahnya di Klang. Keesokannya polis datang mengetuk pintu rumah Sally dan bertanya, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Sally menjawab, "TAK KE MANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
Polis bertanya lagi, "BETUL KER???"
Sally menjawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PEGI MANA- MANA, TANYA LER DENGAN HOUSEMATE SAYA. P
olis berkata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP"
Selepas tu polis menunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Sally macam nak pengsan sebab dia terbawa kereta polis ketika di tahan semalam ke rumah. Sally ingat kereta dia sebab warna sama putih (wira) cuma keretanya takde sticker polis di tepi pintu. Tak pasal-pasal kena saman RM1000 dan gantung lesen setahun.
Tak pernah pakai seluar dalam
Pada satu hari, si suami balik dari kerja dan mendapati si isteri tengah bergaduh besar dengan maid indonesianya...maka si suami dengan hati yang suci ingin lah jadi org PBB jap, nak tolong damaikan suasana.. maka bertanyalah si suami ngan suara yg lembut pada isterinya..
"Apa hal ni Yang....kenapa bising2 ni".....jawap si isteri dgn nada marah..."ni hah!!!!! Seluar dalam i hilang, tentu si Tuti(nama ni rekaan semata2) yang curi seluar dalam Gucci i yg mahal yg i beli kat ********* Beijing tuhh!!! "
Disambut pulak oleh si suami ...." alahai Yang ni, takkan lah sebab hilang satu helai seluar dalam pun nak bising se kawasan perumahan. Dah, dah,nanti Abang belikan ganti yang lebih mahal dan seksi lagi..." Berkata lagi si isteri... "Tapi bang, kalu sehelai i tak sakit hati sangat, ni yang hilang tu , 10 helai tau.... 10 helai !!!! (sambil tunjuk jari sepuluhnya)"
Maka terkejut beruklah si suami dengar berita ini, berpusing lah dia pada Tuti yang terkebil-kebil sejak tadi...dengan suara yang lebih lembut lagi ,si suami bertanya...."betul ke Tuti, kamu yang curi seluar dalam mak encik kamu ?Ingat....kamu mesti bercakap benar!!!" Si Tuti dengan muka yang ketakutan dan suara terketar-ketar yang pekat dengan pelat indonesianya pun menjawaplah...."tapi...tapi...tapi... bapak kan tahu saya enggak pernah pakai seluar dalam!!!!! " si suami pula..." bluppppp.."
Penjual Telur buat pening.....
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"P
enjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
Dah tau tak payah tanyalah...
**Anda berader di stesen bas dan rakan anda ternampak sambil bertanya:"Tunggu bas ke?"
Anda harus menjawab: "Taklah aku tengah tunggu helikopter, lambat plak ari nie ye" .
** Anda hendak pergi ke bilik mandi untuk mandi dan rakan sebilik anda bertanya: "Ko nak mandi ke?"Jawab : "Taklah aku nak pi main lelayang kejap, ko nak join?".
* *Anda sedang menulis surat dan rakan anda menegur: "Aik? tulis surat nampak?"!Jawab : "Oh ye ke? aku tak prasan ah...tangan aku bergerak sendiri".
* *Anda sedang makan nasi dan orang tegur: "Makan nasi?"Jawab : " Mata ko buta ke per? Kan aku tengah minum teh ais nie?".
* *Anda baru pulang dari kerja dan jiran anda bertanyer: "Baru balik dari keje?"Jawab : "Taklah, saya dari rumah, nak pi keje lah nie...opis saya dah pindah kat rumah..dan rumah saya dah pindah kat opis".
* Anda sedang sibuk buat kerja dan rakan sepejabat menegur: "Eh kau sibuk ke?"Jawab : Takyah jawab, peratikan muker dia pastu ko lempang siket pipi dia.!
* Anda sedang menonton tv ceriter melayu, rakan anda datang lalubertanyer: "Eh citer melayu ke?" !Jawab : "Bukanlah, nie kan citer Otromen Taro menentang Raksaser dari Planet X...ko tunggu jap nanti otromen kuar".
moral of the story....dah tau...jgn ler tanyer.....
Cemburu...
Ahh..Kisah sebuah famili dengan dua orang anak kembar. Anak yang sulung bernama Melor dan yang bongsu bernama Kuntum. Pak Samad dengan isterinya Kaltsom memang sayangkan kedua-dua anaknya itu. Walaubagaimanapun, oleh kerana Kuntum lebih cute dari kakaknya Melor, Pak Samad menumpu perhatian yang lebih kepada Kuntum. Perkara ini memang disedari oleh Melor. Oleh kerana dihasut syaitan, Melor pun merancang ingin menghapuskan Kuntum yang cute itu. Oleh kerana kedua kembar tersebut masih menyusu ibu mereka, Melor telah merancang membubuh racun pada payu dara ibunya agar Kuntum keracunan dan meninggal bila menyusu dari ibunya. Malam tersebut, Melor pun melaksanakan niat jahatnya itu. Esoknya, bila Melor bangun ,alangkah terkejut dia bila mendapati ayahnya telah meninggal dunia.......
No comments:
Post a Comment