Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Ibu


alhamdulillah aku masih ada ibu, Hasiah Binti Man namanya. Masih kuat dan sihat walaupun usianya sudah mencecah 60 tahun lebih. Dia masih boleh ke bendang membanting tulang atau bercucuk tanam. Tidak pernah mengadu sakit atau terlantar sakit. Kudratnya masih kuat sejak dulu sehingga sekarang. Daripada membesarkan kakak yang sulung sehinggalah adik yang bongsu, sembilan anaknya membuatkan aku kagum. Tidak pernah mengeluh mencari rezeki sesuap nasi untuk kami adik beradik. Walaupun terpaksa keluar pagi dan balik sehingga senja bagi mengisi perut kami semua.

Ketika aku kecil dahulu dia garang, cakaplah siapa yang tidak pernah kena cubitannya atau tamparannya. pernah juga aku diikat di dalam bilik air bersama adik lelaki akibat bergaduh, pernah juga kepalaku dilagakan ke kepala adik lelakiku akibat berebut barang. Bebalan serta nasihat menjadi halwa telinga. Jika tidak sunyi rasanya. Apabila usia semakin bertambah barulah kasih sayangnya mula terserlah. kerinduan untuk menatap wajahnya semakin terasa. Walau jauh beribu batu namun dia tetap di hati.


Selamat Hari Ibu,

Walau tiada ucapan,

Sesungguhnya kau tetap di hati,


Renungkanlah Hadis ni: Rasulullah S.AW. dalam sebuah riwayat ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah S.AW. dan bertanya kepada baginda, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Jawab baginda, “Ibumu, kemudian Siapa? Ibumu, kemudian Siapa? ibumu, kemudian barulah bapamu dan selepas itu orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya.

3 comments:

Cikgu Liza said...

Ct,hang yang mana satu?Yang duduk atas riba ke atau yang berdiri pakai topi tu? Apa-apa pun hang dah umur dua hari aku baru nak kuar dari rahim ibuku.SELAMAT HARI IBU JUGA UNTUK CT.

rynas said...

hehheheh...aku yg pakai topi tuh baru umo 2 thn time tuh. selamat Hari Ibu untuk ko juga...

INTAN said...

aku dpt cam hang mana satu..hehe..x jauh beza sgt la