Thursday, May 7, 2009

cerita makan orang demam

hari ni saya sudah bekerja selepas bercuti panjang. Masih tak ada mood nampaknya. Jadinya pagi-pagi ni saya nak letak gambar makanan, biar ada mood sikit...walaupun semuanya menu makanan semalam. Disebabkan tekak pun tak berapa sedap jadinya semalam nak makan saya terpaksa membuat pilihan. Pagi-pagi selalu saya makan roti canai tapi pagi ni saya makan Tosei, tapi tak habis sebab kurang sedap rasanya tosei ni, atau tekak saya yang kurang selera.

Selepas itu tengah hari punyalah memikir nak makan apa. Lastnya jam 3 petang baru keluar rumah, terpandanglah Old Town White Coffee kat bangi ni..teringin pula nak makan kowtiaw sup yg memang sedap sebab dulu dah pernah rasa masa makan ngan Aton. Orderlah itu...berpeluh saya makan kowtiaw sup ni. bagus-bagus untuk orang yang demam. T
ekak saya teringin benau nak makan ice cream strawberry, sesuai untuk org yg sakit tekak kot..agak jerlah. Lalu saya orderlah satu...bersama segelas air suam.
Inilah ice cream nyer...ehhmmm sedap..

Best juga makan kat sini..ramai orang penuh. .. dorang ni tak bekerja juga ker atau ponteng kerja???? hehhehhe...First time saya makan kat Old Town bangi ni.

Malamnya saya makan yang ini. Sebab tekak rasa nak makan yang masam-masam. Tetapi malangnya mempelam saya sudah masak kecut kata org Perak dan masam jadinya sebab suami saya tidak keluarkan drp bonet kereta kononnya nak tunggu sampai Sabtulah. Jadinya mempelam saya sudah masak sebelum waktunya. Macamlah...bak kata Durrani.






2 comments:

INTAN said...

yum yum yum..sodapnya gambo hak last..memercik

dyeiza said...

sedapnya kuew tew tue..menyelerakan..nasib baik sempat makan waktu balik kl hari tue..