Tuesday, May 12, 2009

nasib baik

Semalam sedang lena tidur, terdengar bunyi kuat kat bahagian dapur. Masa tu cuak juga pencuri masuk rumah ker??? bunyi apa yang kuat tuh...macam bunyi benda jatuh jer..pinggan pecah ker...apa yang jatuh??? bangun ler dlm 5 minit...pastu tak dengar bunyi apa2 dah...dalam keadaan takut dan mamai aku meneruskan tidurku yang lena. (terukkan boleh tak pg tengok. sebab aku confident bukan pencuri). rasanya masa tu jam 3 atau 4 pagi kot. Bangun pagi jer terus jer jenguk dapur. Rupa-rupanya....cover lampu telah jatuh dan pecah. Tak tahu macam mana boleh jatuh...suami cakap sebab pintu dapur tak kunci jadi pintu tu telah tertutup dgn sendiri dan kuatnya menyebabkan cover tu jatuh. Aku rasa alasan kedua sebab skru dah longgar maybe masa pasang tak kuat kot. dan bila bergegar dan jatuh. Lagi pun apartment ni baru lagi mmg tak ada orang duduk sebelum ni mutahillah apartment baru boleh rosak cover lampunya. Jadi kesimpulannya yang aku ambil....nasib baik lampu dapur kalau lampu ruang tamu masa anak-anak tengah tgk tv jatuh...aduhlah...mintak simpang ler dijauhkan. Aku pegang ler cover lampu ni...bukan kaca. Plastik gitu sebab tu ler jatuh tak berkecai. ttp kalau kena kepala tu pening jugaklah kot.
Lepas ni kena ada usaha pasang yang baru pastu kena check up semua lampu-lampu kot-kot dah longgar. Ni semua keje lelaki..pompuan tengok dan bg arahan jer.

2 comments:

arediks92 said...

kena kepala tobekk jgk ni :p

dyeiza said...

ada ka patut blh pi tdoq balik..mu ni,pi latgk kot2 ada apa2...ish..ish..