Alhamdulillah syukur kepadaMU YA Allah,
atas rahmat hujan yang melimpah ruah ini,
setelah panas beberapa minggu kini kau turunkan RAHMAT ini,
Aku bersyukur kepadamu Ya ALLAH,
Kerana membasahkan bumi ciptaanMU,
Menurunkan HUJAN yang penuh rahmat,
Menenangkan jiwa,
Mendamaikan rasa,
Menyejukkan mata dan jiwa,
KAU tahu segala-galanya,
Panas atau sejuk,
Petir atau ribut,
hujau atau kemarau,
KAU tahu di mana tempatnya,
Kami hanya mampu berdoa dan bersujud,
agar Rahmat sentiasa di sini, di bumi ini,
/me: hujan lebat...di sini..sejuknya
No comments:
Post a Comment