Minggu lepas berita kematian bapa kepada rakan sepejabat berlegar-legar dibibir semua, kemudian anak kepada seorang staf meninggal dunia dan kelmarin aku menerima kiriman SMS mengatakan ibu kepada rakan sepejabat telah kembali ke rahmatullah selepas menderita sakit kanser setahun lalu.
"Innalillahhiwainnaiilaihirajiun"
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang salih.
Apabila menerima berita mengenai kematian, gerun rasa di hati. Apatah lagi melawat jenazah untuk dikebumikan. Semua perasaan bersilih ganti, siapa yang tidak takut mati...Walaupun kematian itu pasti tetapi aku belum bersedia menghadapi saat-saat itu. Belum cukup rasanya amal ibadat yang akan menjadi penyokong ketika di Padang Masyhar nanti. Dalam menjaga solat fardu kadang-kadang tercicir juga, perlu diqada' apatah lagi solat sunat yang menjadi penambah bekalan untuk akhirat. al-Quran juga boleh dibilang dengan jari bila mendampinginya. Aduhh..baru aku terfikir sibuk sangatkah aku bekerja sehingga tiada waktu menempah syurga di sana????? sedangkan 24 jam sudah diberi, fizakal yang sihat serta fikiran yang waras.
Itu belum termasuk mulut yang tidak henti-henti berbicara, kadangkala boleh membuat orang terluka, hati yang berbisik sehingga menambah dosa. Jika tidak dijaga setiap saat bukannya pahala bertambah tetapi berdosa pula. Bagaimana mahu menempuh sebuah kematian yang pastinya menyakitkan?????
Bagaimana sekiranya kematian datang sebelum waktunya???
Bersediakah aku????
Aku tiada jawapan untuk itu..
Setiap yang hidup pasti akan mati,
hidup belum tentu namun mati itu pasti...
Bila jasad berpisah dengan nyawa,
bila dunia hanya sementara maka baqa tempat yang nyata...
Bila tiba di alam sana,
maka terhitunglah segala perkara.....
tinggal hanya amalan yang dibawa....
Sejauh mana kita lari,
MATI itu pasti...
tiada yang kekal dan hakiki.....
itulah JANJI..
1 comment:
eh bapa siapa yang meninggal? anak siapa juge? dan emak siapa yang pergi... :(
jgn disoal psl kematian, aku lantas ketakutan.. ye sangat takut! ...
Post a Comment