Tuesday, May 26, 2009

tak nak pg umah baby sitter

Pagi tadi, masa dalam kereta dia ok jer . Sembang-sembang sambil nyanyi lagu Rajin Adik rajin dan ABC. Kemudian masa nak masuk simpang ke rumah mak Ida (baby sitter) tiba-tiba dia berkata, "tak nak gi umah Mak Idah," sambil muka disembamkan ke paha aku.
(alahai cam ner ni) , "Naper tak nak pegi umah Mak Ida?," soal aku. Takut jugak aku mahunyer dia ngamuk pagi-pagi ni susah nak memujuk nanti.

Dia diam jer sambil air mata dah bergenang dah. "Fatin kena pegi umah Mak Ida, duduk dengan mak Ida... abah dgn mama nak keje. kalau tak nak duduk dengan Mak Ida, Fatin nak duduk dengan sape?,"soal aku sambil memujuk. harap2 ok ler. Kepala dia masih kat paha aku lagi ni. Sambil dia dok merungut sesuatu, ntah aperlah dirungutkannya. Aku usap-usap rambut dia. Harap2 termakan ler pujukan aku.

Lama dia diam kemudian dia kata, "Dok ngan atok...Atin nak atok," katanya. Alahai sedih pulak aku pagi-pagi dah sebut atok. Kenapa sejak semalam dia sebut atok?? Rindukah dia???
Tetiba jer nama atok terpacul drp mulut dia. Semalam pun gitu jugak puas aku pujuk sebab dia tak nak pagi umah Mak Ida. Dia kata nak duduk dgn atok, " atuk jaga Atin,"

Aku cuba pujuk lagi, "Mana boleh duduk dgn atok, atok jauh. Mcm mana nak hantar Faten. Nanti hujung bulan kita balik kg yer jumpa atok. Kalau nak duduk dgn atuk jom sekarang mama hantar balik kg. Fatin tinggal dgn atuk. Nak tak???"
Sejak dua menjak ni mmg selalu dia sebut balik ampung, atuk, Wan, jumpa Apiq, mak yang Bib.

"Tak nak...." katanya
"ok kalau tak nak jom pegi umah Mak Ida, mama nak g keje, abah g keje. cari duit top up (duit tu dia kata top up) beli baju baru, basikal baru (mampus aku lepas ni minta basikal baru). kalau tak pegi keje, macam mana nak dpt duit, nak beli baju baru, liptik baru (aduh liptik tuh...)

Lama-lama termakan juga dgn pujukan aku dia pun panggung kepala, bangun dan nak keluar kereta. Fuhhh..lega!!!!...Ttp masa jalan ke rumah mak ida lambat jer..last-last aku dukung dia sampai depan pintu rumah. Makkk aiii lenguh tangan acik pagi2 dah bersenam.

**** Entah ler kenapa dua hari ni tak nak pg umah mak ida. selalu ok jer..happy jer. Tadi masa masuk umah pun muka masam jer. Cam terpaksa jer. Tengok ler esok macam mana pulak****

8 comments:

INTAN said...

mak tok tu..kampung perak ke negori?

Yan said...

heheh.. adela tu yg wat dia tak hepi... takde kawan ke.. kawan ejek2 dia ke.. ehh ade kawan ke kat situ... hehe
duk kg meriah kott

kirana said...

ada org lain ke kat umah mak ida..
kot la dia ada gaduh2 atau kwn tu kacau2 dia ker...

rynas said...

intan - atok kg perak

Yan - mak ida tu jaga anak akak jer 2 org. pastu ada cucu mak ida baru 3 bulan.

ana- aku agak pun gitu juga, sebab durrani takut ngn hasben mak ida ni ngan menantu dia. dia takut org yg besau2. 2 hari tu suami mak ida cuti..tgk esok cam ner

arediks92 said...

aku rasa atok dia yang sedang igt2 kat dia..tu yang dia terasa2 rindu tuh... ko call la ayah ko suh ckp ngan dia.. :p

*anak2 buah aku lebih manja ngan opah n atok mereka.. maklum la mak ayah dorg mcm singa ngan serigala :p

arediks92 said...
This comment has been removed by the author.
dyeiza said...

ngan kamek dia tak rindu ke..x beli patung nnti..

rynas said...

dyeiza~ ngan mu dia tau mu kat sarawak nak pegi jauh kena naik kapal tebang. ehhh bila nak pos ni..beli tau..