Thursday, November 12, 2009

Renungan untuk aku...

Baca perlahan-lahan dengan penuh penghayatan,

aku copy dr blog http://ilhamhainy.blogspot.com

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya
"Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil""Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna
"FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU " HARGAILAH KELUARGA ANDA "

P/s: Ohh dr jam 9 pagi hantar anak kat baby sitter, jam 7 malam baru ambil, kemudian esok pagi hantar semula. Bila balik rumah, itulah masa nak basuh baju, kemas rumah sikit-sikit, kalau nak masak ambil masa lagi (ttp aku terkecuali sebab tk masak malam), masa tulah nak sidai baju, jam 10 malam anak pun dah ngantuk dan tidur. jadinya masa bersama anak, nak main2 ngan anak, nak peluk cium dia ke, nak ajar anak ke cuma dr jam 7 sampai 10 malam sahaja dan anak lebih lama di rumah pengasuh. Bayangkan 3 jam sahaja...bersama keluarga..baru aku tersedar betapa singkatnya masa bersama keluarga. habis nak buat macam mana??? takkan nak berenti keje kot. Jadi luangkanlah masa yg singkat itu sebaiknya.
(Huhuhu...malam tadi aku baru jer marah Durrani pasal dia buat balik peel lama dia nangis tak tentu punca...tanpa sebab dan minta yg bukan2 di tengah malam buta..rasa bersalah sangat...selepas itu juga aku terus minta maaf masa dia tengah tidur...macam memahami dia anggukkan kepala. "maafkan mama yer sayang")

Wednesday, November 11, 2009

"kakak nak sekolahlah mama"

Situasi: ketika sedang iron baju kerja.
Masa: jam 6.30 pagi
Watak: Durrani bersama mamanya

Durrani: (Sambil menghampiri aku)
"Mama...mama....kakak nak skholah (sekolah) lah...

Aku: nak sekolah?? Ok tahun depan pegi sekolah ekkk..

Durrani: Nanti mama beli beg ekkk..kakak nak bawa buku..bawa pen...

Aku: Ok..nanti mama belilah.

Durrani: Kakak tak bawa bear ekkk..tak bawa susu ekkk pg skolah..

Aku: Ok.kat skolah mana boleh bawa bear dan susu. nanti cikgu marah. bear kena tinggal kat umah. minum susu bila balik sekolah.

Durrani: Ok...kakak tidur awal ekk..tak engok Ivi (Tv) ekkkk

Aku: Ehhmmm..sambil angguk. kenalah tido awal sebab kena bangun pagi pg skolah.

Durrani: Abah hantar kakak yer mama....

Aku: Yerlah..abah hantar. Kakak tak nak naik bas ke?

Durrani: Abah dgn mama hantar kakak lah. tak nak naik bas...

AKu: Ok...nanti sekolah kena belajar rajin-rajin. Cikgu ajar ABC, 123, One, two, three...tak boleh nakal..nnati kena rotan.

Durrani: ok..belajar ajin-ajin ekkk mama...mama hebatlah (huhuhu..tak tinggal perkataan hebat dia tuh).

Masa pegi hantar dia kat umah Mak Ida bila tengok sekolah terus dia kata, "mama..mama ni skolah kakak lah...kakak nak sekolahlah mama,".

Nampak benar tak sabarnyer dia nak pegi sekolah. Tahun depan 2010 umur dia 4 tahun. walaupun sebenarnya baru 3 tahun lebih ttp sebab ikut tahun kan 4 thnlah. serba salah sama ada nak hantar ke sekolah atau tunggu 5 tahun baru hantar ke sekolah. Ada yang kata bagus 4 tahun..ada yang kata awal sangat...nanti anak cepat bosan dan bila masuk sekolah rendah dia tak nak ke sekolah. Entah ler....tengah timbang2 dan fikir. tapi rasanya nak tunggu dia 5 tahun lah baru hantar ke sekolah...

Tuesday, November 10, 2009

geng Upin dan Ipin

Sekarang ni cerita kegemaran budak berdua ni kat rumah adalah Geng Upin dan Ipin, sejak beli DVD ni sebulan lalu, aduh tak jemu2 dorang tengok. Kalau hari cuti tu marathon dari pagi sampai ler ke malam. Kadang-kadang aku dapat tgk rancangan kegemaran aku..kalau dpt pun sekejap jer kena pujuk2 dia, " mama tukar chanel jap ekkk...jap jer...tau," .
"Ok...jap yer tau mama," kata dia.

Dan sekarang aku telah termiss drama NUR KASIH huhuhuhu..kalau nak tengok kenalah pasang Dvd kat lab top.
Si kakak sampai dah boleh hafal dialog2 dalam filem ni. Adik pula dah boleh tiru suara Oopet. paling dia suka suara katak di permulaan cerita. Patutlah hari aku dengar Durrani dok bebel2 "iskk..GERAM AKU," mula2 ingat mesti dia dengar masa kat umah Mak Ida ni..ttp bila dengar dialog dalam Upin dan Ipin baru realise dia tiru Sally tu cakap.
Lepas tu kalau dia suruh aku ambil sesuatu benda cam kasut dia, bear atau lambat buat susu boleh dia kata, "MAMA NI LEMBAP LAH.."
aku tanya dia faham ker lembap tu apa..dia gelak2 jer...tgk juga dalam Upin dan Ipin tu ttp tak da pula dialog tuh.
pastu aku kata tak baik tau kata mama lembap..Tuhan marah terus dia tak kata dah. Ttp kdg terlepas juga ler perkataan tuh.


Abaikanlah yer rumah yang bersepah tu. Mmg sentiasa bersepah sokmo..

Monday, November 9, 2009

yahooo boleh balik...

Ok last sambungan cerita di hospital...nanti muak pulak ekkk..sebab tak ada story nak cerita ok jerlah cerita hospital berepisod ni.
Hari ketiga JUmaat, ingatkan pagi dah boleh balik ler..ttp bila doc check dia kata pernafasan Fahim belum pulih sepenuhnya jadi doc nak stopkan nebulizer dan bagi yang pam sendiri, nurse ajar ler cara-cara nak buat. Lepas tu baru tgk kesannya macam mana. Aduhai nampaknya jam 6 petang ler baru keluar hospital.
last day juga Fahim kena buat fisio..maksudnya dah tiga kali ler buat fisio. Masa kali kedua ok jer...tak nangis sangat. jerit pun tak kuat sangat masa sedut kahak. Tapi masa hari ketiga..dah mula ada tenaga nak meronta-ronta. Jeritan pun sangat ler kuatnya. maklumlah dan baik dr demam leh lar jerit kuat-kuat. Ttp dalam nangis2 tu masih sempat salam semua nurse yg buat fisio dan cium dorang. Siap bye bye lagi...hehehhehe kelakarlah juga. Air mata dok keluar nie..
Hari ketiga kahak dah tak banyak cuma hingus jer yg sedut banyak..alhamdulillah lepas tu tak ler selsema lagi.

lepas ni aku pun boleh buat fisio sendiri kat rumah ala senang jer..mula2 tepuk dada belakang...kemudian tepuk dada kiri dan kanan kemudian dada hadapan. Ttp adalah teknik dan cara menepuknya. letak baby pun ada caranya kena tinggikan bahagian bontot dia..Fahim mmg suka ditepuk2 begitu..even masa balik rumah aku cuba buat suka lagi dia..leh tido dengan nyenyaknyer.

Kakak sayang ttp muka adik masam jer..cam tak rela jer kena cium. tengoklah tangan fahim tu kotor kaler oren sana sini. nak bg makan ubat kena bersilat apa lagi kotor sana sinilah.

Macam2 dia nak main dalam bilik tu..drp bear, kereta, main tisu bilik air, main kusyen..habis sepah sana sini.

Ini kes tgk Upin dan Ipin pun dah tak daya dah..sangat bosan uols..

Adik maintain tidolah sampailah keluar wad.Sekarang pun balik rumah dia suka tido kalau tak susahnya nak tido petang. Skang ni ambil bantal dia letak kepala pastu terus lena.

Sayang lagi..ni macam rela sikitlah dicium.

Suka sebab nak ambik gambo..dan dapat keluar hospital. Fobia dgn org berbaju putih. Fobia dengan ubat dan jarum..fobia dengan doc yang datang nak check dada.

Ok masa bergambo..aku ngan Durrani jer maintain senyum Fahim masam jer kena paksa.

cerita hari kedua di hospital

Belum masuk hari kedua Durrani sudah bosan di hospital dan ajak aku balik. Nasib baik suami aku sudah buat persediaan dia dah bawa labtop dgn cd geng Upin dan Ipin. Apa lagi asyik tengok Upin dan ipin..Fahim pun tengok juga sambil terlantar ats katil ketawa mengekek tgk gelagat Upin dan Ipin. Biorlah cepat sikit hilang sakit.

Inilah kerjanya..bangun tido tgk Upin dan Ipin..pasang berulang kali tanpa jemu. Sampailah tertido. Bila terbangun tengah malam pun suruh aku pasang Upin dan Ipin..alahai anak dara aku ni. Tapi bukan tgk pun..tido balik saja nak bg mama dia penat sikit.

Dua beradik yang tak sihat. Duduk kat spital ni org yg sihat pun jadi tak sihat mana taknya ..dalam bilik sempit jer..tak kena panas. Durrani pun hari kedua badan dah panas..batuk-batuk..terus jer bg tau nurse..dia cek suhu badan dah 38 darjah selsius. Petangnya baru doc datang cek lagi sekali dan bg ubat demam dgn batuk.

Layu dan lesu jer muka Fahim..penat sangat asyik tido jer.


Makanan hari kedua...ehhmm..tak habis pun pedas sangat masak lemak ayam tu. Ini bkn untuk org sakit makan ni...untuk orang tk sakit nie.

Mula2 dia tengok atas katil sampai habis bateri labtop pastu kenalah tengok bawah sebab nak charge bateri. Penat mengiring telentang pula. Tiap kali doc masuk bilik cerita Upin Ipin...hehhehe tak jemu ke kakak.

Dah tak tahu aksi apa nak buat bila ambil gambo nampak sgt kebosanannya menyerlah sekali.

Ini pada waktu pagi..tengok Upin Ipin lagi...adik sedang lena tido.

Hari kedua botol air pun kedua...ttp bila dah selera makan dan minum susu baru stop bg air.

Hari pertama di Az-Zarah

Minggu lepas minggu yang memenatkan dan mencemaskan. Selepas balik dari Desaru hari tu demam dan batuk fahim tak juga baik-baik. Dah 3 hari ulang alik ke klinik amik gas nebulizer ttp tak ada perubahan pun malah lelahnya makin menjadi-jadi dengan suhu badan yg agak tinggi. Jadi selepas hari keempat iaitu hari Rabu doc mencadangkan agar kami berjumpa pakar kanak-kanak supaya lelahnya tidak melarat.
Lepas dah dapat surat dari doc kat klinik kami pun teruslah pergi ke Pusat Rawatan Islam Az-Zarah, Bangi. Jumpa dgn paed Dr Nazim Abu. Dr ni jugalah yang merawat Durrani masa dia masuk wad dulu sebab demam panas. Ni jumpa lagi dgn doc yg sama. lemah lembut sangat doc ni dan pandai tackle budak2..dah nama pun pakar kanak-kanak kan.

Ok lepas dah bincang dgn doc ni, pro dan con kami pun bersetuju agar Fahim dimasukkan ke wad untuk kebaikannya juga. takut dibiarkan kuman akan merebak ke paru-paru. lagipun kalau di hospital pengambilan ubat terjaga, dan ambil gas pun mengikut waktunya tiap 3 jam sekali.
lepas dah dapat penerangan dan bilik yang nak ambil, Fahim kena buat fisioterapi dulu agar kahak2 dalam badan dapat dikeluarkan menerusi mulut atau najis.

Inilah first time tgk baby kena buat fisio mula-mula ingat menakutkan juga ttp rupanya Fahim suka ditepuk2 belakang dada, mengiring kiri dan kanan kemudian bahagian depan. sampai tertidur dia...yang ini ok lagi ttp bila dr tu cakap kena sedut kahak aku mulalah gelabah bukan apa kasihan dgn budak. tak sanggup nak tengok bila doc masuk tiub dalam mulut ngan hidung. apa lagi meraung2 lah dia..mesti sakit. tak sanggup nak dengar dia jerit-jerit, "mama..mama..mama" sambil nangis. aku tinggalkan dia pg tengok tempat lain agak2 dah selesai baru aku ambil Fahim. lepas tu terus diam..lega agaknya bila aku dukung. kali pertama ni banyak juga kahak ttp masih ok..tak kuning dan pekat.maknanya taklah begitu teruk cuma baby mana leh buang kahak macam kita so menghalang pernafasan dia sampai kena lelah.

Lepas dah kena buang kahak, kena cucuk tangan pula sebab nak masuk ubat. Ingatkan masa ni dia nangis ler..ttp elok jer dia biarkan tangan dia kena cucuk doc. Agaknya dah tak daya melawan masa kena sedut kahak tadi...senang jer doc ambil darah dia. bIla dah semua selesai barulah masuk bilik dan berehat...huhuhuhu tido wad aku bersama anak-anak. Lepas tu tiap 3 jam kena ambil gas..kalau fahim tidur pun kena kejut jugak dia...

Bila sampai bilik terus jer tido dengan lena tambah pula bila nurse masuk ubat kahak, antibiotik, ubat demam. lepas tu masukkan air pulak sebab badan dia sangat lemah..minum susu pun tak nak. makan apa tah lagi. Dekat satu setengah botol masuk air.

Bila masuk bilik lebih kurang 11.30, jam 12 terus jer dapat nasi..durrani yang kelaparan terus jer nak makan. Makan dgn penuh selera sekali. Oklah masakan kat sini..sedap jugak kiranya tak payah makan luar makan nasi hospital pun dah cukup.

Inilah rupa tangannya yg kena cucuk tuh. Masa ni bersih lagi masuk hari ketiga kuning di sana sini sebab kena ubat.


Wahhh caring lagi bila adik kena duduk hospital.

Bila dah petang sikit..haruslah nak bangun dr katil dan main kat bawah. Masa ni lom masuk air lagi leh lah jalan-jalan. Bila dah masuk air diam jerlah atas katil.

Huhuhu...lenanya dia tidur

Bila dapat main tak ingatlah sakit..berebut bear kakak.

Durrani yg kelaparan bila duduk hospital..asyik lapor jer dia...dan suka tidor.

Muka sedih jer...

" Saya nak main juga..walaupun sakit,"....agaknya itulah dia cakap kot...

Sunday, November 8, 2009

6 November

6 November tadi adalah ulangtahun perkahwinan kami yang keempat. Orang kata baru memasuki fasa awal perkahwinan. Masih baru lagi beb!!!
Tak ada sambutan apa-apa pun, kalau di televisyen selalu ler dimomokkan dengan majlis makan malam dan pemberian hadiah drp pasangan sempena annivesarry...kalau tak ada hadiah sejambak bunga pun jadilah. tapi kami pun boleh lupa tarikh 6 November, bukan apa selalu ingat tarikh 4 Dec je iaitu tarikh kenduri sedangkan 6 Nov adalah tarikh pernikahan.
tak kisah pun tak ada sambutan janji bahagia sokmokan dengan rezeki dari Allah dan kerahmatan ketawa riang anak-anak yang semakin membesar. Durrani Fatihin yang sekarang berusia genap 3 tahun dan Muhamad Dhani Fahim yang baru mencecah setahun 4 bulan.
Semoga rezeki semakin bertambah, anak semakin bertambah, kebahagiaan mohon dikekalkan kini dan hingga ke akhir hayat AMIN.

Saturday, November 7, 2009

Lunch satey kajang

tengah hari tadi, kakak aku datang ke rumah melawat Fahim...plannya terus nak ambil brg2 kakak (anaknya)kat UKM dan makan satey Kajang kat satey kajang hj Samuri tuh. Memandangkan kat rumah mmg tak masak apa-apa..maklumlah seminggu sejak anak sakit dapur tak berasap langsung brg2 masak pun tak ada..jadinya aku dgn husbnd pun nak ler join sekali.

tengah hari makan satey uols..ok jer janji kenyang..

Budin order nasi ayam...boleh tahanlah nasi ayam dia..ramai juga org makan satey time2 tengah hari ni. Ingatkan kita orang jer. kat sini mana penah kosong. sekarang buat style baru pula..macam Mcd..order terus bayar kat kaunter. Dulukan pas makan baru bayar...iskkk..dah lama tak datang sini rupanya.

Durrani sedang menunggu nasi ayam dan milo aisnya..


ABC..biasa2 jer nampak ABC nie.

Menu utama adalah satey ler..bleh lah makan setakat 7 batang jer. pastu terus sesak perut. Itu perut kosong tuh.

Wednesday, November 4, 2009

jom steamboat

dah lama tak makan steamboat. Bila sekali pekena..rasanya syurga sesangat. makan ..makan..makan...sampai ler perut dah tak boleh masuk baru ler stop. Gitu...
Setakat fishball benda2 yg sewaktu dgnnya tu ok lagi..ttp bila tengok ketam...pergghhh tak leh tahan tuh..walaupun susah nak makan ketam tetap nak makan juga... itu ler penangan steamboat.

Ini segala cili dan sos untuk steamboat.

Ini kuah supnyer..bila dah semua bahan dah masuk..menunggu nak makan tu paling tak sabo..

satu sup dan satu lagi periuk tom yam..


Gambo terbalik pulak...tak kisahlah kan..malas nak pusing

Inilah rencah2 yang akan dimasukkan ke dalam sup dan tom yam...paling suka adalah ketam ler.yg lain tu tak kisah sangat...

Untuk makluman....steambot ni aku makan kat Rhubar Lotus Desaru Beach Resort hari tuh...sedap, mantap & kenyang.

Tuesday, November 3, 2009

char kow tiaw

menu malam tadi..

teringin betul nak makan char kow tiaw..kalau boleh nak yg macam kat Penang tu basah2...udang banyak..kerang banyak..makan sepinggan tak cukup kena 2 pinggan.
ttp kat KL ni mmg susah betul nak cari char kow tiaw longkang yg sedap sama cam kat Penang. Ttp tak dpt yg sama seakan-akan sama rasa pun jadilah drp tak sama langsung..dan tk sedap.
kat Kl ni mana nak cari ekkk sapa tau???

lagi cerita Desaru

Ini sambungan cerita Desaru...dah banyak gambo amik sayang pulak kalau tk uploadkan..
hari kedua melawat Agro Fruits farm, ladang buah-buahan dan penternakan kambing. taklah jauh sangat dr hotel dalam setengah jam jer.
Mula2 ingatkan banyak ler buah rambutan, durian, langsat ker buah-buahan tempatan ni, ttp malangnya bkn musimnyer jd tgk pokok jerlah.

Cerita dimulakan dengan melawat kambing...selain buah-buahan agro fruits ni juga menjalankan penternakan kambing. Kambing import...dan tak busuk cam kambing kampung nie.

Banyak juga..dekat 50 ekor ..berpeluang ler bg makan kambing. kambing ni jenis jinak..bila pegang makin ler suka...

Hehhehe...ada gaya tokey kambing tak???

Kolam ikan yg menjadi tarikan. Banyak sangt ikan peliharaan kat sini.

Ikan2 yg sedang kelaparan..

Arnab pun ada jugak...ttp tak banyak sangat.


Ini jambu..jambu ni mmg first time aku makan. Wangi sangt baunya..rasanya mmg lain drp jambu biasa. Ala-ala cam jambu air..

Ini pulak passion fruit. First time aku makan...katanya kt kampung2 banyak buah nie ttp naper plak aku tak penah makan.

Buah naga..buah yg biasa dimakan. Antara buah2 lain manggis, pisang, rambutan, nangka. durian, nona, pulasan, mangga, jambu batu, belimbing dan lain2.

Monday, November 2, 2009

bercuti...

Ohh hari ni aku bercuti, sebabnya Fahim demam, selsema dan lelah, juga kerana aku kan out station sampai Sabtu so boleh lah cuti ganti dah alang-alang anak demam tu kira cuti ganti jerlah kan. So aktiviti adalah membasuh baju yang agak banyak.
Ohh sarapan hari ni adalah roti bakar sahaja bersama kaya drp telur Ostrich..rasanya sedap alah cam kaya biasa juga. Ttp ostrich kaya ni lebih lemak dan pekat rasanya.

Dah setle basuh baju, siap-siap pegi klinik sebab nak ambil gas nebulizer untuk Fahim.
Biasalah kan kalau lelah...kali ni memang dia tak nangis langsung suka jer dapat gas..siap nak tidur lagi. Terlelap jugalah sekejap...
Pastu balik rumah baru tidurkan anak-anak..dgn aku sekalilah tidur. Bukan senang nak tidur siang nie.

Anak dara aku yg sangat suka kalau aku tak pegi keje. siap cakap ...."mama kakak tak nak pg umah Mak Idalah...kakak pegi klnik jer ekkk"

Wajah fahim yg sedih...bila demam.


Walaupun demam ttp tetap nak main...

Tetap juga nak gaduh dengan kakak..berebut mainan

melawat ostrich farm

Cuba teka apakah itu? yg kat bawah ni..tahulah lampu..ttp diperbuat drp apa???
Main teka teki plak nooo...mesti korang tak caya punya...sebab lampu itu diperbuat drp sarung telur burung ostrich.

Cantikkan siap ada ukiran pulak kat lampu tuh.

Ni pun sama juga..ada tulisan China.

Ohh pakcik ni menerangkan mengenai beza telur ayam ngan telur ostrich. Memanglah besar tengoklah saiz burung tu pun lebih besar pd manusia.

tengok ler ni ha kalau tak caya. kalau aku naik atas burung ni pun ok...ttp tak mahu ler..karang dia bawa aku ke mana2 plak dengan kelajuan yg maksimum tak ke haru hehheheh.

Ni antara aktiviti hari pertama masa tiba kat Desaru..melawat ke Ostrich farm yg letaknya taklah jauh sangat dr hotel setengah jam jer. Ni pun kali pertama juga melawat ladang Ostrich ni selalu tgk kat Tv jer kan..
Mula2 tu agak takut juga lah nak pegang ttp ostrich ni jinak dan manja..usap2 bawah leher bukan main suka lagi dia.

Telur burung yg berharga lebih RM50 sebiji. Kulitnya sangat keras tau..kalau kita pijak atas telur tu tarak pecah punya. Ko lompat2 pun tarak pecah..bawa mai ler orang gempal bersaiz 100kg pijak pun tarak pecah juga. Gitulah betapa kerasnya kulit telur nie.

Ini saiz sebiji telur. Mak aiiii ini kalau makan mau sebulan baru habis sebabnya. Telur ayam memerlukan 35 biji untuk mendapat saiz telur ostrich ni. telurnya sgt berkhasiat tau..

Ni ostrich jantan lebih cantik dan lawo bulu drp betina. nape ekkk...sebab ostrich betina akan gugur bulunya bila nak bertelur sebab tu jadi botak gitu.

Itu yg tak ada bulu tu ostrich betina lah..sangat buruk uols..

antara ostrich2 yang lain. kat sini ladang ostrich terbesar di JB. Kalau nak tau harga untuk seekor burung unta ni adalah RM20 ribu. Bayangkan berapa modal diperlukan untuk membuka ladang ostrich.

Ostrich suka makan jagung dan gandum..bila letak atas tangan dia datang ler makan.


Ni ostrich betina...buruk sikitkan???


Suka ler tu org datang amik gambo...siap posing lagi hehhehe...

Lotus Desaru Beach Resort

Trip percutian kali ni ditaja oleh Lotus Desaru Beach Resort, kalau uols perasan rangkaian kedai mamak LOTUS ni antaranya adalah anak syarikat dialah.
Kita orang bertolak dr Lotus, Jln Gasing jam 9 pagi sepatutnya 8.30pagi tapi menunggu antara orang2 yg lewat termasuk aku ler tu hehheheh..jgn tanya naper lewat. jadinya lepas dah semua breakfast barulah bergerak. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam itu pun sebab berhenti maklumlah..ramaikan hampir 30 orang rasanya dalam bas tu jadi macam2 ler nak g toilet ler yang ramainya.
Sampai hotel dekat jam 2 petang, terus pegi lunch..memang lapo masa ni tak pandang kiri kanan dah serbu makanan. Tambah pulak makanannya sedap2 belaka. Bila dah habis makan barulah pegi lobby ambil kunci. Ohh teman sebilik aku photografer dr Harian Metro, Fina yg sempoi habis.

Ni bahagian hadapan hotel yer. Kat sini style apartment. dalam bilik ada dua lagi bilik satu master bedroom dan satu single ttp ada 2 katil. Ada dapur, ruang tamu dan 2 bilik air so senang masing-masing ada bilik air. Setiap blok tu ada tulis A- Z agaknya...aku tinggal kat blok J. Macam asrama pula kekdahnya ada blok-blok. Ttp yg leceh sikit sebab jauh sikitlah dr lobby, cafe dan pantai..ttp jgn risau sebab ada perkhidmatan KANCIL dari satu tempat ke satu tempat.

Sorry ekk gambo gelap sikit. ini ruang tamu ada TV dan sofa jer. blehlah melepak2 dulu sementara buat aktiviti kat luar. Kipas pun ada jarang hotel sediakan kipas..ini setiap bilik ada kipas..sebabnya air cond teramatlah sejuknyer..jadi untuk mengurangkan rasa sejuk on jerlah kipas.

Ini dapur..siap ada meja makan lagi. peti sejuk dan microwave disediakan jgn bimbang. lepas tu pinggan mangkuk pun ada. Kot2 nak makan dlm bilik ker senang.


Ini bilik kedua ada dua katil single dan sebuah almari besar.

Ini pulak master bedroom. Besar bilik ni..
kalau uols nak bawa family dlm 5 orang datang bercuti ke sini ambil 1 bilik suite dah cukup dah.
Kalau bilik yg aku tinggal ni harga dalam RM260 ke atas gitu, ada juga untuk satu bilik cuma RM160 sahaja. Murah kan...
p/s: wahhh promote habis ni Anthony pas ni kena tambah lg diskaun yer..(macamlah dia baca)

Sunday, November 1, 2009

baru balik Desaru

Dua setengah hari aku meninggalkan Fahim dan Durrani bersama mak Ida, balik malam semalam ketika mengambil mereka, mak Ida beritahu badan Fahim panas, demam rindu agaknya. Ketika mengambil Fahim bukan main suka lagi dia..terus melompat sebaik pintu dibuka. Terus menjerit-jerit, mama...mama...abah..abah.." macam sebulan tidak berjumpa gayanya. Huhuhuhu..sedih benar rasanya. Sudah lama juga aku tidak out station. Kali terakhir rasanya ketika majlis akhir gadis dan jejaka iremaja di sg Petani Kedah ketika itu dia berusia baru 5 bulan. Akibat ditinggalkan 4 hari Fahim demam panas yg agak teruk sehingga terpaksa mengambil air penawar. Kali ini dia demam lagi..harap2 demamnya cepat kebah. Alahai anak jantan aku ni tak macho betul..tak macam Durrani kena tinggal maintain jer..kena tinggal pg out station ok..tinggal ketika aku bersalinkan fahim 3 hari di rumah mak Ida pun ok..tak menangis langsung ingatkan mama dan abahnya. Ini si kecil...alahai..nak tinggal pun tak senang hati.

ehhmm berbalik pd cerita out station di Desaru seronok juga bersama rakan-rakan media antaranya Utusan, Harian Metro, berita Harian, Malay Mail dan selebihnya media berbahasa China dan tamil. ini sebenarnya kali pertama aku ke Desaru, teringin nak pergi ttp tak berkesempatan. kali ni kami dibawa oleh Lotus Desaru Beach Resort yang ingin memperkenalkan resort bertaraf 5 bintang kepada media. nantilah aku update gambar-gambar kat sana. ponat belum habis lagi...

Friday, October 23, 2009

"mama dah boncitlah"

Sekarang ni lepas raya masing-masing nak update pasal berat badan yang terlebih. Macam aku juga timbang hari tu..alahai naik banyak ni. Rasa pun bila jalan macam dah berat jer nak bawa badan jer. Haruskah berdiet..walaupun ada yang kata, " mana ada berisi..maintain jer" tapi bila timbang naik 2,3 kg tu beb. Dan paling buat aku rasa nak berdiet sikit (sikit jer) sebab Durrani dah pandai bg tau, " MAMA..MAMA dah BONCIT yer????"

Korang bayangkan bila anak yang baru berusia 3 tahun mengatakan dengan jujur yang mamanya dah buncit..apa perasaan anda?

dengan malu-malunya sambil cover perut..."ALAH..MANA ADA BUNCIT...
pastu dia dok ulang lagi, "mama boncit...mama boncit...." ishhh..dah ler skang ni dia rajin bercerita...kalau dia cerita kat baby sitter aku tak ke malu aku oiii...haruslah nak kurangkan lemak2 sikit bahagian perut nie. Ttp yang susah ni aku kan bersalin csert tak penah pakai bengkung, bertungku semua sebab itulah faktor telah membuncitkan perutku. dah try pakai gedle ttp tak bolehlah..lemas..pastu bila makan senak perut jer.

jadinya untuk berdiet secara senyap dan tidak keterlaluan terutama mengempiskan perut..aku elakkan ler makan nasi malam. ker..sebab malas nak masak..ada jugaklah gitu. jadi sebelum balik kerja tu minum petang ke kat opis atau makan yang ringan-ringan jer. Jadi bila malam dah kenyang...adakah ini berkesan tunggu dan lihat...

happy birthday Durrani Fatihin


Hari ni 23 Oktober 2009, genaplah usia Durrani 3 tahun. Cepat jerkan dah tiga tahun.
"selamat hari jadi Durrani Fatihin, moga panjang umur, cepat besar dan jadi anak yang bijak dan solehah. AMin"

Pagi-pagi lagi bila bangun ...dia tanya "mama nak kek" aisey men...anak aku ni buat aku terkelu sebentarlah...bukan apa cadangnya nak balik kampung PD nanti barulah nak beli kek sambut dengan anak buah kat sana ramai-ramai sonok sikit. jadinya idoklah kami membeli kek untuk dia hari ni...ker patut beli??? cam kesian ler pulak...

sebenarnya dia teruja sebab minggu lepas sepupu dia kat Selayang tu sambut birthday tiup lilin. Bila balik rumah dia sebut-sebutlah...nak kek dan lilin macam kakak. Ohh aku kata tunggulah bila birthday nanti...jadi bila kami dok sebut-sebut birthday dia Jumaat hari ni..dia ingat ler.
Citer sikit perkembangan bila dah 3 tahun ni. Sekarang nie dah pandai main dengan adik, kalau dulu asyik nak gaduh jer bila main sekarang ni dah kawan elok-elok, baik-baik..main sama-sama. Agaknya dia rasa dah besar kot. kalau naik lift tu cepat2 pegang tangan adik..takut adik keluar dulu, jatuh ke apa ker. Dah nampak sifat seorang kakak. Dah bahasakan diri dia pun kakak sekarang nie. Makin rajin bertanya itu dan ini, sampai letih nak menjawab...mama ni apa..mama tu apa..mama apa nie...kenalah jawab satu2 bg clear kalau tak dok tanya itu jer.
Rajin pulak mengadu pasal adik, "mama fahim kan..buat kakak, gigit kakak, "mama tadi fahim buat" "mama fahim buat baby Azam (baby kat umah baby sitter)" rajin dah mengadu minah ni. Kalau nak tanya apa-apa kat umah baby sitter..tanya dialah. Sangat suka baca buku walaupun tak pandai baca lagi..akhirnya aku yg kena baca.
Itulah saja nnati update pasal birthday pulak yer...
p/s: nak kembalikan kerajinan menulis blog selepas 'semuanya' selesai sudah!!!!!

Wednesday, October 14, 2009

sunyi tanpa TV

Dah lama tidak merasa rumah sunyi drp suara televisyen. Semalam selepas pulang ke rumah seperti biasa Durrani bersuara, "mama TV osak lagi ekkk??" kata Durrani sambil memandang wajah aku dengan penuh confident.

"Ehhmm..rosak lagi. Abah tak sempat nak hantar baiki. malam ni tak ada Fukuchan, tak ada Hagemarulah yer," kata aku. Kasihan pula melihat wajahnya yang seakan hampa untuk menonton kartun kegemarannya. Mujur dia faham..."Aim bg TV osak kan mama?" katanya berulang kali apabila aku jelaskan yang TV di rumah rosak tidak sempat dibaiki.

Baru 2 hari TV rosak hidup sudah tidak keruan... Terasa malam agak panjang, tambah2 anak-anak yang sering merengek minta dilayan. Jika tidak biarkan sahaja mereka melayan TV. Bagaimana orang miskin yang tiada Tv kan???? masih ada lagi ker..di rumah orang yang tiada peti bersegi empat itu sedangkan TV sudah menjadi barang keperluan.
Oleh kerana tiada TV, semalam aku terpaksa melayan mereka bermain basikal, membaca buku, melihat video game di laptob..si adik pula tidak habis2 memanjat. Tv rosak juga kerana kerja tangan comelnya yang sangat kreatif. Sejak sudah pandai menekan remote control dan menekan punat setiap hari di on dan di off nya Tv. Dikuatkan volume dan diperlahankan, ditukar chanel sepanjang masa sehingga menimbulkan pergaduhan dua beradik itu. Disimpan remote ditekan punat manual pula. Akhirnya sebulan sebelum itu TV mula meragam. Tapi masih boleh ditonton sakitnya tidaklah sehingga perlu dimasukkan ke ICU.
Dan sejak Fahim boleh berjalan dan bijak memanjat rak TV; walaupun sebenarnya kakinya masih belum sampai ke atas, tetapi dia bijak...dibukanya laci paling bawah lalu dipanjat menerusi dari dlm laci ke satu laci....dan akhirnya sampai ke atas rak.
Apa lagi aktivitinya jika tidak mengetuk-ngetuk TV dgn apa sahaja barang di tangan. Jika di letak ke bawah..naik semula begitulah setiap hari..sehingga akhirnya TV yang dibeli hampair 4 tahun lalu putus nyawanya dek kerana tangan kecil itu.

Semalam Fahim selepas agak bosan bermain basikal, sambil menghulurkan remote TV, dan berkata "IVI..." dengan harapan dia boleh menonton TV seperti biasa. Alahai anakku...

Wednesday, October 7, 2009

makan di rumah kak long

Ini makan-makan kat rumah kakak Ahad lepas. jemputan adik beradik jer Majlisnya petang sampai le ke malam.
Sebelum tu aku ngan kak tija pegi kenduri dulu di Keramat, cucu kepada Tokteh yang kahwin. Kuar rumah jam 1.30 dan sampai rumah kenduri jam 3 petang. hehhehe penat mencari rumah disebabkan tak dapat map yg lengkap tersesat ler...nasib baik sampai juga.
Lepas dah makan2 jumpa tuan rumah sedara mara...barulah gerak ke rumah kak long. lebih kurang jam 5 petang gitu. sampai jam 5.30..
ni antara menu yg disediakan kak long.


Dia masak mee kuah. Ini kuah mee rasanya...
ambar anak aku yg tengah makan rambutan


bahan2 dalam mee kuah

kek coklat harus ada...penggemar kek ramai

rendang ayam haruslah ada masih suasana rayakan..

ketupat..lemang pun ada juga tak sempat amik gambo.

rambutan yang dikait di tepi rumah

seperti biasa gambar2 sedara tak amik sebabnya tujuan utama adalah untuk makan.
jam 9.30 masing2 gerak balik rumah dengan perut yg kenyang..

jamuan raya jelita

Cerita yg dah agak basi ttp nak masuk jugak. sebab masih dlm mood raya. Minggu lepas makan-makan anjuran majalah Jelita. jadinya pembahagian membawa makanan telah dilakukan dan aku spt biasa kena bawa nasi himpit dgn kuah kacang ler.
Sebenarnya tak ler nak menjemput org lain ttp cam tak best pulak kan jadinya Jabatan lain pun join sekali meramaikan majlis.


Sesi bergambar yer bersama warga kerja Jelita..

Kuah kacang home made by siti..tengah malam ni masak..hehheheh

Caremel ditaja oleh Lily sangat sedap dan manis macam orgnya juga. aku mmg suka caremel nie.

Buah-buahan pun ditaja juga oleh Hazirah

Kari ayam dimasak oleh puan editor ema husin..sedap ada asam boi dlm kari ni.

Rendang daging tajaan kak zeda..sedap bangat..pandai akak masak

Lemang tajaan abang Hashim..penat dia bakar tau..

kek coklat kukus tajaan Anis..
gambar2 makan tak ambik pun masing2 dah kelaparan tgk makanan yg sedap2 tuh.

Monday, October 5, 2009

Durrani jumpa doc gigi

Minggu lepas bawa Durrani pergi klinik gigi. hampir sebulan jugalah dia mengadu sakit bila makanan masuk dalam geraham bawah yg dah berlubang sikit tuh. nak bawa tapi asyik tak menjadi jer..sibuk dan risau kalau dia tak nak jumpa doktor. aku hari-hari cakap dengan dia jumpa doktor best nanti doktor bg bersih gigi nampak cantik. Dah hari-hari dengar dia pun teruja juga...
Bila ada kelapangan tu terus lah bawa dia. Wahh excited rupanya nak jumpa doktor. Bila doktor suruh duduk atas kerusi tu pun ok. Bila doktor suruh buka mulut pun ok...

tapi bila dah lama sgt buka mulut agaknya dah lenguh kot dia tutup mulut balik. Susahlah sikit nak minta dia buka mulut balik..pastu doktor kata banyak cacing lah dlm mulut kakak ni terus cepat2 dia buka mulut hehhehehe.

Ni ha doc sedang memproses gigi. Actualy taklah teruk sangat..ttp kalau dibiarkan nanti lama2 terus rosak tu yg bawa pegi tampal tuh. Doc kata kalau jaga boleh tahan sampai usia dia lapan tahun. Gigi depan dia masih ok tak ada satu pun yang rosak.

Ni masa nak tampal...dia rasa macam ada benda kat gigi. Mula2 tak selesa sikitlah lepas tu asyik suruh kita orang tgk gigi dia. "Cantik tak gigi kakak?" "cantikkan" dia tanya dia yg jawab. lepas dah tampal kan dia sendiri ingatkan pagi2 gosok gigi. bagus-bagus!!!!
Lepas ni nak bawa dia jumpa doktor gigi tiap 6 bulan. bukan apa nak biasakan dia..nanti bila besar tak takut jumpa doktor gigi. Macam mama dia ni haa...doktor lain ok..doktor gigi hehhehe takut sikit.

Sunday, October 4, 2009

Fahim melawat kg

Sejak Fahim dah boleh berjalan dengan lancarnya dan berlari dengan megahnya alangkah susahnya nak mengawal pergerakkannya. Tambah-tambah kalau pintu terbuka...terkedek-kedek dia berjalan tanpa mempedulikan sesiapa. Kalau ternampak tangga memanjatlah dia hingga ke atas. kalau nampak tanah habis dijelajahinya tanpa mempedulikan panas, semak-samun dan air.

Pulak tu langsung tidak mahu didukung...boleh kurang ler berat badan kalau menjaganya sedang main. Ni aktiviti masa balik Perak hari tu...

Memang suka sangat kalau dpt main kat laman dengan tali air besar depan rumah tuh. Nyaris-nyaris ler nak terjun parit besar tuh selamber jer dia berjalan ingt kolam dlm bilik mandi ler tuh.

Ni masa kat PD..samalah juga. Main kat jalan besar tu suka-suka jer nak jalan tanpa dipegang. Dahlah laluan kereta dan motorsikal. First time petik bunga ni...

Kesukaannya masuk batu dalam mulut. Ayo-yo kalau tak betul2 tengok habis masuk batu atau pasir dlm mulut. Itu yang tak boleh lepas barang sesaat pun. Karang tertelan batu pulak anak aku nie.


Posing kt depan rumah dulu..

Tengok ler tu bkn main suka berjalan. nak pegi mana..mamat ooiii???

Lega bila dh sampai pintu umah. masalahnya pintu tak boleh tutup kalau tutup jer meraunglah dia. kalau tk tutup berjalan pula dia sorang-sorang kat luar.

main cak-cak dulu...CAK!!!!!

Bila dh nampak pintu susah pulak nak masuk..akhirnya terpaksalah paksa juga dia masuk. mennagislah alamatnya..

Wajah suka bila dapat berjalan...