Tuesday, January 14, 2014

Play Time

 Cuti hujung minggu kalau tiada aktiviti atau balik kampung aktiviti wajib adalah ke taman permainan berhadapan PKNS Bangi. Memang di situ sangat ramai terutama ibu bapa yang membawa anak-anak bermain.

 Masa untuk ke taman tak sabar Fayyadh nak pergi taman

 Mula-mula Fayyadh hanya tgk jer kakak dan abg dia main
 Duduk saja sambil hisap jari.
 Kemudian bila tgk abg dan kakak main kereta dia pun apa lagi nak main sama

 apa lagi kita org ambil satu kereta untuk dia. bkn main suka lagi.


 Oleh kerana belum boleh tolak jadi terpaksalah guna remote control

 Tgk tu kakak dan abg pun main sama

 Lepas habis 10 minit tak nak turun nak main lagi.

 jadi tambah lagilah masa 10 minit.

 kembali suka bila dapat naik kereta.


 Seronok sungguh.
 Saya rasa dulu kalau ke taman tak perlu mengeluarkan belanja paling sikit pun seringgit dua sebab nak beli ais krim tu pun kalau ada. Tapi sekarang kalau ke taman permainan untuk seorang anak sedialah duit RM10 sebab sekarang macam-macam ada di jual di taman permainan.

Macam di Bangi ni ada untuk naik kereta control 10 minit RM5... paling kurang anak-anak mesti akan naik dua kali. Lepas tu ada jual ais krim, keropok, rojak, coklat, permainan belon gergasi dan segala bentuk permainan ada di jual di sana. Pendek kata sediakan duit saja ya...