Wednesday, May 27, 2009

laksa dan pantang

Laksa ni taklah sedap sangat, agaknya sebab aku pun dah lama tak makan laksa. Semalam kan ada pasar malam, keinginan untuk makan laksa begitu membuak-buak ditambah pula oroma kuah laksa begitu menyengat hidung. Lalu aku pun singgahlah di gerai yang menjual laksa, mihun sup dan pasumbur. Masih lagi berkira-kira nak beli laksa ke mihun sup sebab aku dah cuba mihun sup mmg sedap.
Lastnya, "laksa satu bang,"
"harap-harap sedap ler dan tak mengecewakan," aku berbisik dlm hati jer. Takkan nak kata kuat pulak.

Balik rumah bila cuba macam ada sesuatu yang kurang, oohhh kuahnya agak cair, isi ikan agak kurang serta kurang masam. (eehhmm banyaknya komen). Jadinya nak menghabiskan punyalah susah. Tambah pula suamiku tidak makan laksa. Pernah juga aku kata, "ruginya bang tak makan laksa. makanan paling sedap di dunia tau hahhahah," Dia hanya gelak-gelak je.

Bercerita pasal laksa sebenarnya selepas bersalin dan sekarang barulah aku mula makan laksa. Sebabnya mak aku memang kuat dengan pantang- larang selepas bersalin ni. Kalau ikutkan orang sebelah utara mmg kuat pantang laksa. Ketika anak pertama dulu, masa aku tanya dia, "bila mak boleh makan laksa ni," katanya, " tunggulah anak setahun makan ler,"
mak aiii mmg ler lama setahun tuh. Kalau boleh mi, mihun pun sama juga pantang ttp tak lah sampai setahun. Laksa ni lebih 'berbisa' berbanding yang lain. Sebabnya makanan yang dimasak dua kali (kalau tak silap nanti aku check balik noo)
"ttp kalau makan tak ada apa-apa kan?" tanyaku.
"tak dak apa-apa lah...tengoklah dah tua nanti," kata dia.

Sebab tu lah aku usaha berpantang juga sampailah anak dah masuk 11 bulan. Masa anak pertama dulu berjaya juga melepasi halangan. Disebabkan dek teringin juga, pernah ler aku merasa, sebab dah ketagih sangat tetapi kuahnya saja laksanya tidak. Eh..eh..ada beza ker?

7 comments:

Mummy Dasy said...

ye ke ka? xtau plak me pakai bedal jek..sbb tu muda2 dah sakit... tapi tapai & air kelapa me takut nak makan Danish dah 4 tahun baru berani hahaha

ANAKIRANA said...

ya betullll...mak saya ckp gitu gak..sbb masak 2 kali..
kalo salah makan..buleh demam gigil2..kak ipar kena aritu..

akak sy pantang kuat gak..
saya 6 bulan ja dah langgar pantang hehehe
air eh pon masih pantang lagik

NizA said...

ye ke??x penah dgr lak pas pantang kena lg pantang mkn laksa....baru skang ku tau...sib baik la sy ni bkn jenis gila ke laksa...hikhik...

rynas said...

mummy~ air kelapa tu mmg ler bisa ttp saya idoklah pantang sampai 4 thn..tak tahan beb hehheheh

ana~ hehhehe ok ler tu 6 bln pantang gak drp tak buat langsung

niza~ setiap org pantang lain2. kalau yang dah kita tahu tu buat ajerlah, kalau kuat semnagat ler hhehehe

ibu_Arifa said...

laksa..peberet saya nih..hari2 pekena pun tak pe..tp bila mengandung aritu..terus tak leh nak bau langsung..cam loya nak muntah jer..so saya still pantang untill skrg lah..anak pun baru 8 bulan..lagi 4 bulan nak kena tunggu lagi..

salam perkenalan
ibu arifa

nadnye said...

salam perkenalan...
ku mmg suka mkn laksa.. mmg dah lama tak makan ...tapi mmg tak pantang..cuma pantang jumpa..:)

INTAN said...

aku 3 bulan dh bedal laksa....pantang menda lain bleh..laksa mintak hampun..hehe