"Rasanya aku sudah menghidu nasi minyak"...kataku berseloroh. Dia menafikannya. Akhirnya sehari sebelum pulang ke KL Ani datang ke rumah, ketika hari mulai senja. Cadangnya mahu berjumpa pada waktu pagi tetapi kereta dia buat hal. tak apalah janji bertemu jua. Dan dia melayangkan sekeping kad kahwin warna keemasan. Cantik kadnya. "tahniah!!! " kataku dengan wajah gembira dan bercahaya kerana akhirnya pintu hatinya terbuka untuk berkahwin dan melangkah ke alam rumah tangga pada usia 32 tahun. Tidaklah terlalu tua, sedang-sedang sahaja untuk wanita bekerja zaman sekarang. Puas aku merisik siapa jejaka bertuah itu..dia hanya tersenyum.
"Aku kan wartawan...mengorek cerita itu sudah pasti", kataku. Lalu dia pun sok..sek..sok..sek bercerita. "Berapa umurnya?" Wah sudah diberi betis mahu paha pula...aku semakin seronok mengorek cerita.
"Ala ...muda drp kita. Tekalah umur berapa?"
Aku meneka, "30,31" dia menggeleng.
"taklah muda lagi...27 tahun"
"Oklah tuh..dapat suami muda. Tapi taklah muda sgt bagi lelaki. kalau umur 27 tahun dah matang untuk bergelar suami," kataku menyokong orang yang ingin mendirikan masjid harus diberi kata semangat, harus dilempar dengan pujian dan harus diberi sokongan agar wajah berseri dan bercahaya apabila tiba masa hari pernikahan nanti.
Alah umur bukan menjadi masalah, apalah sangat dengan perbezaan angka 5 tahun itu. Dulu housemate aku berbeza usia 10 tahun bahagia juga.
Lama juga kami berbual sedar tak sedar sudah 7 malam dan dia meminta diri untuk pulang. Aku juga berjanji akan datang pada majlis perkahwinannya nanti. InsyaAllah jika tiara aral melintang sampailah aku nanti.
teringat kembali cerita lama ketika zaman persekolahan, kami berempat ketika di tingkatan dua. Liza, Umi, Ani dan aku atau dengan gelaran CKPJ. Aku dan Liza sudah mendirikan rumah tangga masing2 sudah ada anak 2, manakala Ani akan menyusul dan Umi entah bila, dia menyepi tanpa khabar berita. Selepas tingkatan lima kami berempat ke tingkatan 6 di sekolah yang sama, dalam kelas yang sama. Selepas itu, Liza meneruskan minatnya ke Maktab perguruan dan berjaya menyandang jawatan guru. Kini tinggal di PD, negeri 9, walaupun dekat dengan kampung suamiku tetapi kami tidak pernah bertemu, mujur ada blog yang boleh menghubungkan kami.
Umi juga begitu berjaya menjadi guru selepas menamatkan pengajian di USM dan bertugas di JB. Kali terakhir bertemu ketika majlis perkahwinan aku selepas itu dia menyepi tanpa khabar berita, kahwinkah atau belum???
Ani mengambil jurusan Pengajian Melayu di UM dan akhirnya turut menjadi guru walaupun dia mati-matian menolak kerjaya guru kerana tidak berminat. tetapi disebabkan tiada kerja akhirnya dalam keterpaksaan dia menerima juga selepas menjadi Guru sandaran tidak terlatih. Aku pula di USM dalam jurusan Mass Com.
Tetapi aku dan Ani saling berhubung dan bertemu, sejak kami melanjutkan pelajaran di universiti lagi. Pulang ke kampung Pekan Parit Buntar tempat berjumpa. Sehinggalah selepas aku mendirikan rumahtangga dia tetap datang ke rumah bersama azie bertanya khabar. Melawat aku selepas bersalin anak pertama dan kedua. Jika tidak kami menghantar SMS bertanya khabar. Ani sedang didampingi, boleh menjadi pendengar dan penyelesai masalah yang baik. Tetapi kdg2 dia agak pesimis terutama apabila memperkatakan mengenai perkahwinan dan lelaki. Sebab itu agaknya jodohnya lewat sedikit...Namun ayat-ayat terakhir Ani buat aku gembira...
"Selepas ni tinggal di mana?" tanyaku
"KL lah sebab bakal suami bekerja di KL"
"Bestlah...boleh jumpa, adalah geng, " kataku ini bermakna akan bertambah lagi rakan yang akan menjadi warga KL. Tahniah...
3 comments:
Mengimbas kembali kisah lama.Kenangan manis mengusik jiwa...Teringat CKPJ,cikgu Norhayati n husband cikgu Fadzil(ingat tak lagi Anak Itik Hodoh?)cikgu Guna,cikgu Haris,cikgu Zila...dan mug hitam hadiah kalian masih aku simpan kat kampung...Aku pernah ternampak Umi tengah drive Kembara.Masa tu kat traffic light simpang kat PB.
InsyaAllah aku akan pergi kenduri tu nanti.Reunion.Kita saing la pegi...(tak susah aku nak korek rahsia..terro hang no bab2 korek rahsia ni.Maalumlah reporter...)tadi aku sms dia tengah ajar budak2 silat..bakal pengantin bersilat wo...
best dgr member kawin kan?
apatah lagi yg dah lame membujang...
laki saya pun muda jugak...tapi org slalu ingat dia lebih tua dari saya sebab saya kan kiut...seperti baru lepas spm...cewahhhh....kekekeek
Post a Comment