Saturday, May 30, 2009

ABC

Pergghh alangkah bahagianya kalau time cuaca panas-panas gini dapat minum ABC, cendol dgn rojak. Sejuk jer rasa tekak, makan pula dekat beranda rumah, sambil melihat daun nyiur melambai-lambai hahhahha...verangan...

favourite aku ni rojak buah,
Diminum bersama cendol..

ABC, kalau dulu ABC guna plastik sekarang kat KL ni guna tuperware dah..tak tahulah berapa regenya. mahunya RM3 kot. Ttp aku kurang gemo kalau ABC yg letak jelly ni..kureng sikit rasanya. Kacang ngn jagung biar lebih tak per.
Akhirnya dapat ler juga makan benda-benda kat atas tu..hahhaha saya sudah request kepada husband cendol sahaja, tetapi dapat ABC dgn rojak.

SIAPA NORLAILA???

pagi tadi aku sembang-sembang dengan hubby pasal siapa NORLAILA...sebelum ni tiada siapa tahu latar belakang pompuan bersuara manja ini, lepas tu aku tengok sendirilah video you tube ni. iskkk..iskk..biar betol cam tak percaya jugak..ttp sekali dengar dan banyak kali dengar mmg betul macam suara dia...kalau nak tau suara saper kenalah tengok sendiri conversation youtube nie. tapi kenapa rakaman itu dibuat dan siapa NORLAILA itu?
kalau dengar suaranya mmg merdu dan manja habis siapa ler tak cair...tambah-tambah kaum lelaki. haruslahkan diambil menjadi girlfriend..

kalau selepas ni ada yang kata semuanya konspirasi lagi tak taulah kalau dah ada bukti perbualan telefon lagi. Ttp rasanya juga mungkin masa Tun Mahathir memerintah dia sudah dapat kesan pembabitan tidak bermoral oleh yang empunya suara itu, jadi Tun pun pasang spylah, agak aku jerlah. Mungkin juga yang sokong si empunya suara ni akan kata fitnah semata-mata..wallahhualam hanya yang empunya suara saja yang tahu kebenarannya.

try makan pizza

Semalam hubby beli pizza, si kecik pun sibuk juga nak makan. Dia sekarang ni apa yang kita makan dia nak juga kdg-kdg kalau tak dapat sampai -nangis-nangislah. Bila dah dekat setahun ni aku bg jugalah dia makan apa yg aku makan. bknnya apa kdg2 pedas, masam, masin mana leh makan lagi. kdg-kdg aku bg rasa juga.
Ala beli pizza kecik jer untuk aku ngan anak-anak jer.
Tengok tu tangan dia yg sibuk dulu nak. ambil pizza konon2nya cam ler leh makan. aku suap sikit..diluah-luahnya.
mula-mula dia ambil roti yg perasa garlic tu, konon2 sedap lah tu kot. masuk dalam mulut terus buat macam geli geleman. First time rasa mmg ler gitu..sok-sok dah besar hari-hari mau makan pizza.
tengok ler muka kegeliannya itu. Cam tak sedap langsung ler..siap luah-luah lagi roti dlm mulut dia. Pas tu aku suap lagi barulah leh terima kenyataan kot. tu pun sikit jer makan.
Tak sedaplah tuh..tak naklah tu..sebab tu bg kat aku roti tu
hahhahha...dia letak roti tu balik, tandanya tak boleh masuk tekak ler..
wajah happy jer wajah sebab dah tak makan roti..nak sangatkan rasa...ambik ko hehhehe

Friday, May 29, 2009

tukar lampin pakai buang

Ini nak bercerita mengenai lampin pakai buang pulak. Sebelum ni Fahim dan Durrani guna jenama Drypers sebab tahan dan sesuai kulit. Tapi sebenarnya kulit dia orang memang tak ada masalah pun, kalau guna jenama lain pun boleh. Tapu aku suka sebab drypers ni tahan kalau ,2,3 kali buang air tak tukar masih ok. Tak bocor pun.

Hari tu masa balik kampung abangku, telah menjalankan bisnes lampin pakai buang yang diambil terus dari kilang jenama Baby Soft. Bissnes kecil kecilan ttp ok juga menjadi nampaknya. Dia bagi aku cuba dulu, nampak ok jer..so lepas belek-belek buat perkiraan dengan drypers mmg beza banyak sangat. Jadinya aku sudah membeli sekotak berjumlah 150 keping dengan dengan harga RM67 untuk saiz L. Itu kalau bahan diperbuat drp kain, kalau jenis plastik lagi murah cuma RM52 untuk 150 keping.

Aku dah guna sebulan still tak habis lagi, maksudnya qualitinya sama macam drypers cuma murah lagi. Kulit dia orang pun ok setakat ni tahan dengan lampin pakai buang ni. Lepas ni harus aku membeli lagi, buat stok.

Ini kalau nak beli untuk saiz sikit 25 keping atau 50 keping

Inilah dua penjual cilik. sibuk juga nak tengok

Masa kat rumah abang aku, bersama sepupu Ira. Opsss Durrani nampak underwear pulak..

Ohh ni aku bg harga dan saiz kot2 ada nak compare dgn lampin pakai buang lain:

Untuk 50 keping

S - RM17.50

M - RM 21

L - RM23

XL - RM24

XXL- RM28


150 keping

S - RM50

M - RM60

L - RM67

XL - RM68

XXL - RM83

kalau nak order pun boleh 019-4937863 (suhaili) ttp ini kat penang, so sesaper yang dok Penang, atau sempadan Penang, Perak dan Kedah bolehlah order.

Ohh gambar kat bawah ni pula hasil kerja isteri dia, gigih sungguh buat dengan kertas surat khabar. Kalau aku ler rasanya idoklah menjadi macam ini, hancur lebur rasanya.
Rupanya dgn kertas surat khabar ni macam2 boleh buat, bakul, pasu bunga, bekas telur, dulang. Ttp nak melipat kertas tu ler satu hal.

Inilah pasu bunga yg dah siap. Lepas ni baru ler sembur dgn warna. Susah juga ni org2 yang sabar jer leh buat.

RENUNGAN UNTUK YANG MENGAGUNGKAN LOGIKA

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1:
Seorang kafir (KA) berkata pada orang mukmin (MU) yang sedang berwudhuk:

KA: Kenapa kamu wudhuk?
MU: Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut.
KA: Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
MU: Ini arahan Tuhanku, aku taat saja
KA: Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali
MU: Kebenaran itu tidak semestinya logik
KA: Apa buktinya?
MU: Yuk ikut aku
MU membawa KA ke sebuah pintu. Lalu MU memegang tangan KA, kemudian menyepit tangan MU dengan pintu itu. KA menjerit kesakitan.
KA: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
MU: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.
MU pun meninggalkan KA yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .
Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah 2:
Seorang kafir (KA) berkata kepada orang mukmin (MU)

KA: Tuhan kamu sungguh tidak adil
MU: Kenapa?
KA: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
MU: Kenapa begitu?
KA: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
MU: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...

KA: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak
MU diam sebentar, lalu dia meninggalkan KA.
Beberapa waktu kemudian MU datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi KA. Dahi KA luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa MU menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada MU
Hakim: mengapa kamu lempar KA begitu?
MU : Maaf Tuan Hakim, KA mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR
Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya KA, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya KA luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.

Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya
Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dan lain-lain yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?

fesyen jumaat

kalau Jumaat mesti dia nak pakai baju kurung ttp bukan dia tahu pun hari Jumaat, sebabnya ikut aku ler kalau aku pakai baju kurung dia pun sibuk juga nak pakai baju kurung. Ini fesyen minggu lepas..
Bagi dia kalau baju kurung tu paling cantik ler. Lepas tu dia ambik tudung yang Mak Long dia kasi hari tu dan minta aku pakaikan. Selalu pakai tudung yg ikat belakang jer. Tapi pakai kejap jer..masa dalam kereta dia dah kata dah," mama..mama... panash ler buka ler,"
"ala...pakai ler..baru jer pakai dah nak buka dah,"
"panash lah mama," siap jerit lagi...
sebelum dia nangis baik aku buka hehhehhe...

Inilah gayanya, tengoklah bedak tu..main taruh jer kat pipi.

Suka benau buat mulut cam tuh..
Lepas tu letak pin kat bawah..meniru betul minah ni
Konon-konon lawo sgt lah tu
aalamak..korek hidung pulak tuh..terus hilang lawo hehhehhe

Thursday, May 28, 2009

walker atau tidak???

Update perkembangan Fahim, 1 Jun ni masuk 11 bulan. Wahh lagi sebulan jer dah setahun ekkk..cepat jer. Masih belum boleh berjalan, cuma melangkah setapak dan dua tapak jer. belum ada keberanian nampaknya.

Ni gambar dlm walker, sebelum ni tak pernah masukkan dlm walker pun sebab dia tak nak, ni pun ada unsur paksaan. Lepas tu baru ler dia gerak tolak-tolak kaki, ttp 5 minit jer pastu mulalah merengek-rengek nak keluar..,"iskkk tak senang mama tau," Orang kata kalau dalam walker cepat jalankan...ada pula orang kata jangan guna walker..entahlah mana satu betul. Masa Durrani dulu pun dia tak nak juga masuk walker..belajar jalan sendiri jer sebab itu setahun 2 bulan baru ler jalan betul-betul. rasanya fahim pun sama juga kot.

Setiap baby perkembangan lain-lain. Ada cepat jalan, lambat cakap, ada lambat jalan cepat yg lain. Sebab itu ler kalau anak lambat memulakan sesuatu tu jgn risau ler...as long as kalau lambat sampai 2,3 tahun tu patut ler ambil tindakan. Ada juga yg skip sesuatu macam tidak merangkak dan terus berjalan, itu pun perkara normal juga.

Cukup sukalah sengih-sengih
Sudu plastik yang suka dimasukkan ke mulut
kalau dlm walker tertonggeng-tonggeng nak kuar ttp setakat ni belum pernah terbalik ler
siap ada pisau mainan tuh

jom berlosen

Aku pun tidaklah rajin menyapu losen, ikut rasa hati. tapi minah kecik ni malam tadi ntah dari mana dia jumpa losen Anakku tu terus jer dia sapu kaki. begitu excited sapu kat kaki dia. Pastu cium kat tangan, "wangilah mama," sambil senyum-senyum dan minta aku cium tangan dia. Aku pun suruh ler dia sapu losen kaki aku sekali...sonok juga bila kaki aku diurut oleh tangan yang comel itu.

Mula-mula tu dia pun tak tahu juga ini losen. Kdg-kdg dia ingatkan syampu atau minyak rambut so sapu kat kepala. Pernah juga gam cair tu dia sapu kat kepala sebab dia ingatkan minyak rambut ayah dia..maklumlah cair jer kan. Belum sempat bg tahu dah sapu rambut dah..5 minit kemudian rambut sudah menjadi keras.

Jadi aku katalah," yang ini losen, kena sapu kaki atau tangan," tu yang excited sapu kaki tu.

Lepas dah sapu elok jer dia simpan tmptnya semula, "mama simpan, ecok nak sapu lagi," esok tuh..ada hati ler minah ni nak berlosen lagi.

Wednesday, May 27, 2009

laksa dan pantang

Laksa ni taklah sedap sangat, agaknya sebab aku pun dah lama tak makan laksa. Semalam kan ada pasar malam, keinginan untuk makan laksa begitu membuak-buak ditambah pula oroma kuah laksa begitu menyengat hidung. Lalu aku pun singgahlah di gerai yang menjual laksa, mihun sup dan pasumbur. Masih lagi berkira-kira nak beli laksa ke mihun sup sebab aku dah cuba mihun sup mmg sedap.
Lastnya, "laksa satu bang,"
"harap-harap sedap ler dan tak mengecewakan," aku berbisik dlm hati jer. Takkan nak kata kuat pulak.

Balik rumah bila cuba macam ada sesuatu yang kurang, oohhh kuahnya agak cair, isi ikan agak kurang serta kurang masam. (eehhmm banyaknya komen). Jadinya nak menghabiskan punyalah susah. Tambah pula suamiku tidak makan laksa. Pernah juga aku kata, "ruginya bang tak makan laksa. makanan paling sedap di dunia tau hahhahah," Dia hanya gelak-gelak je.

Bercerita pasal laksa sebenarnya selepas bersalin dan sekarang barulah aku mula makan laksa. Sebabnya mak aku memang kuat dengan pantang- larang selepas bersalin ni. Kalau ikutkan orang sebelah utara mmg kuat pantang laksa. Ketika anak pertama dulu, masa aku tanya dia, "bila mak boleh makan laksa ni," katanya, " tunggulah anak setahun makan ler,"
mak aiii mmg ler lama setahun tuh. Kalau boleh mi, mihun pun sama juga pantang ttp tak lah sampai setahun. Laksa ni lebih 'berbisa' berbanding yang lain. Sebabnya makanan yang dimasak dua kali (kalau tak silap nanti aku check balik noo)
"ttp kalau makan tak ada apa-apa kan?" tanyaku.
"tak dak apa-apa lah...tengoklah dah tua nanti," kata dia.

Sebab tu lah aku usaha berpantang juga sampailah anak dah masuk 11 bulan. Masa anak pertama dulu berjaya juga melepasi halangan. Disebabkan dek teringin juga, pernah ler aku merasa, sebab dah ketagih sangat tetapi kuahnya saja laksanya tidak. Eh..eh..ada beza ker?

rajinnya dia

Harap-harap rajin sampai ke besar ler jgn masa kecil ni jer rajin sok besar tak nak buat kerja. Sekarang dah ada tabiat baru pula, nak basuh pinggan sendiri. aduh pening kepala nak melayan..kalau tak dibagi mulalah merajuk dan menangis. kalau dah bagi esok-esok mmg nak basuh lagi. Bukannya apa aku letih betul dukung dia...dah ler berat.

Last-last aku ambil ler kerusi biar dia tertonggeng-tonggeng sambil basuh pinggan.

tengok ler tu basuh sudu lepas makan. suka benau ler tu...kalau boleh semua pinggan mangkuk kat sinki tu nak basuh. tak perlah nanti mama dah boleh releks dah...

Habis semua nak dibasuhnyer...kalau tak ada pinggan dia buat2 ler ambil pinggan bersih nak basuh.."kaca tu pecah nanti," aku jerit juga. hari tu aku marah dia...nak basuh pinggan, pastu merajuk...siap nangis2 lagi sambil tutup muka. Bila pujuk2 dia kata, "tak nak mama," sambil membebel dlm bahasa Jepun yg sukar aku fahami, agaknya kutuk mama dialah tuh. lama juga ler merajuk..last2 diam sendiri. tu pun sebab ada Hagemaru.

Tuesday, May 26, 2009

tak nak pg umah baby sitter

Pagi tadi, masa dalam kereta dia ok jer . Sembang-sembang sambil nyanyi lagu Rajin Adik rajin dan ABC. Kemudian masa nak masuk simpang ke rumah mak Ida (baby sitter) tiba-tiba dia berkata, "tak nak gi umah Mak Idah," sambil muka disembamkan ke paha aku.
(alahai cam ner ni) , "Naper tak nak pegi umah Mak Ida?," soal aku. Takut jugak aku mahunyer dia ngamuk pagi-pagi ni susah nak memujuk nanti.

Dia diam jer sambil air mata dah bergenang dah. "Fatin kena pegi umah Mak Ida, duduk dengan mak Ida... abah dgn mama nak keje. kalau tak nak duduk dengan Mak Ida, Fatin nak duduk dengan sape?,"soal aku sambil memujuk. harap2 ok ler. Kepala dia masih kat paha aku lagi ni. Sambil dia dok merungut sesuatu, ntah aperlah dirungutkannya. Aku usap-usap rambut dia. Harap2 termakan ler pujukan aku.

Lama dia diam kemudian dia kata, "Dok ngan atok...Atin nak atok," katanya. Alahai sedih pulak aku pagi-pagi dah sebut atok. Kenapa sejak semalam dia sebut atok?? Rindukah dia???
Tetiba jer nama atok terpacul drp mulut dia. Semalam pun gitu jugak puas aku pujuk sebab dia tak nak pagi umah Mak Ida. Dia kata nak duduk dgn atok, " atuk jaga Atin,"

Aku cuba pujuk lagi, "Mana boleh duduk dgn atok, atok jauh. Mcm mana nak hantar Faten. Nanti hujung bulan kita balik kg yer jumpa atok. Kalau nak duduk dgn atuk jom sekarang mama hantar balik kg. Fatin tinggal dgn atuk. Nak tak???"
Sejak dua menjak ni mmg selalu dia sebut balik ampung, atuk, Wan, jumpa Apiq, mak yang Bib.

"Tak nak...." katanya
"ok kalau tak nak jom pegi umah Mak Ida, mama nak g keje, abah g keje. cari duit top up (duit tu dia kata top up) beli baju baru, basikal baru (mampus aku lepas ni minta basikal baru). kalau tak pegi keje, macam mana nak dpt duit, nak beli baju baru, liptik baru (aduh liptik tuh...)

Lama-lama termakan juga dgn pujukan aku dia pun panggung kepala, bangun dan nak keluar kereta. Fuhhh..lega!!!!...Ttp masa jalan ke rumah mak ida lambat jer..last-last aku dukung dia sampai depan pintu rumah. Makkk aiii lenguh tangan acik pagi2 dah bersenam.

**** Entah ler kenapa dua hari ni tak nak pg umah mak ida. selalu ok jer..happy jer. Tadi masa masuk umah pun muka masam jer. Cam terpaksa jer. Tengok ler esok macam mana pulak****

melawo lagi

malam-malam pun nak melawo juga. Kdg2 buat aku gelak sorang-sorang tgk ler tiga gambar kat bawah ni.

Pic 1:
ini baru balik dr umah bb sitter, dia amik overal dan sarungkan kat luar. kat dlm tu baju tidur. pastu minta sepit rambut, bila dah sepit barulah nak main komputer.
Pic 2:
ini pun selepas balik drp rumah bb sitter juga, terus jer minta rantai kat aku...mmg rantai tu aku punya ttp tak penah pakai pun jadi hak milik dia sepenuh nyerlah. kdg2 bawa ke tidur..tak nak buka. Bila dah nyenyak baru aku buka. karang terbelit leher pula.

Pic 3:
Lepas balik drp umah bb sitter juga...sama kes juga minta rantai dan gelang, kemudian sarungkan topi adik dia. Ada lagi dia cari kasut dia yg lama dulu tuh...pastu pakai. agaknya mak ida dia melawo kot kat umah bb sitter hehhehhehe...

makan-makan di Belanga Midvalley

Petang semalam ada majlis perpisahan meraikan staf BP, faizal yang akan bertukar kerja ke karangkraf.. jadinya bahagian promotion mengadakan majlis secara kecil-kecilan buat faizal. Mula-mula tu malas nak join sebab ada plan dgn aton ttp dah alang-alangkan terus jerlah ke Midvalley. Lokasi dekat Belanga MidValley. Sebelum tu kita tgk menu dulu yer

Sirap bandung, sebenarnya nak order Selasih bandung tetapi tersalah order da..minum ajerlah.
Sebelum makanan sampai makan cucur udang dulu, sedap rangup jer...

Ok nasi kerabu sudah mari...kat Belanga mmg terkenal dgn menu nasi dagang dan nasi kerabu. Jadi bagi penggemar makanan pantai timur ni boleh cuba kat sini. dijamin 100%

mesti ada ayam..ayam goreng berempah kot..boleh pula kot-kot...hahhaha aku tahu makan jer. sebenarnya byk lagi menu ttp tak snap sebab tak tahan tgk makanan...nak makan..nak makan...

Ada kek dengan sebatang lilin menandakan baru setahun lebih bekerja di BP dah nak berhenti. tak best ker Faizal kat sini...

Antara yang hadir..kat depan tu jejaka yg sgt peramah...tersenyum simpul...En Razak, org dirai faizal, pengganti faizal Sharkawi, su, shila, kak zuraini, kak zeda, anis anne, aton yang selalu interframe.
Ini ler ahli jemaahnyer...kecil-kecilan saja..asal meriah uols...

Terselit juga gambo bini-bini orang ni keh..keh..keh...
faizal tak sabo nak buka hadiah..ntah haperlah yg dia dapat. apa pun ketika berucap dia menitiskan air mata, yang pasti kegembiraan bersama kwn-kwn, suasana bekerja di sini akan tinggal kenangan yang pastinya dirindui. Moga dia berjaya di tempat baru. lepas ni dengarnya ramai lagi yang akan berhenti..alahai..

Monday, May 25, 2009

sepandai tupai melompat yer ustaz rock

Orang kata bangkai gajah susah nak tutup, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kebenaran akan muncul, kepalsuan akan hilang sendiri.


KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.
(beginilah apabila kepercayaan isteri telah disalahgunakan. kdg2 ayat mengatakan jgn percaya suami 100% boleh diguna pakai juga)

Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

(isteri mana-mana pun takkan sabar..bila suami buat hal dgn pompuan lain. Boleh pula tak balik umah tgk isteri dan anak2. Tengok wayang boleh pula dgn waheeda ni)

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.
(suami apa gini..kalau dah 3 bulan tak balik umah..tak bg tau ke mana dia pegi. macam ler sibuk sgt kan ker ada teknologi sms, mms, internet,hp...aarrhhgg cari alasan jer tu)
“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya. Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.
(isteri yang solehah apabila sentiasa berprasangka baik kpd suami. ttp kalau suami dah menyalahgunakan kepercayaan itu bagaimana pula? )
“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.
(betapa baiknya pompuan ni kerana sanggup benakan suami dia kahwin lain, aku rasa tak ramai isteri yang macam dia. Aduh apa lagi yang ustaz rock ni nak pun tak tahulah)
Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.
(takkan tak ada hubungan ttp boleh keluar tgk wayang berdua. kalau ikutkan tgk wayang dgn suami orang dah berdosa dah tuh..bukan muhrim...bercanda kat pantai pulak tu wpun ditemani org lain ttp kan tak manis)
Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru. “Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.
(Semoga maizawati mendapat kebahagian selepas ini, lambat laun kebenaran akan terbukti juga)
me/ lepas ni kita baca ler pulak apa alasan ustaz rock dan waheeda wassini ni..nyampah aku!!!!!


dah pandai main berdua

"mama..mama...Aim," jerit Durrani memanggil aku yang ketika tu sedang basuh pinggan kat dapur. aku pun menjengahkan kepala ler tengok apalah yang dimainkan budak dua orang tuh. Rupa-rupanya Durrani bawa Fahim naik basikal, Fahim elok jer berdiri kat raga basikal belakang sambil pegang pemegangnya. Iskkk...memang tak caya sungguh sebab sebelum ni banyak kali juga jatuh. Kalau dia kat belakang memang aku akan pegang..penat juga ler mengikut kat mana dia pegi.


Durrani pula asyik gelak-gelak jer seronok sangat dapat bawa adik dia kat belakang basikal. Sebab sebelum ni memang aku pegang sebab dia tak kuat lagi kan...kalau dah betul-betul boleh jalan tu ok jugalah.
tengoklah muka fahim yg excited sangat tuh. aku biar jer dorang berdua tu main sambil pesan, " jangan bawa laju-laju tau...slow-slow jer..adik kecil lagi. nanti jatuh,"
"Iyer mama" katanya
Bila aku panggil nama nak ambil gambar bukan main suka lagi sengeh-sengeh. Dah boleh diharap dah..sebab dah tak jatuh..pandai pula fahim imbang badan.

Berhenti sekejap sebab nak alih siaran tv...si adik sibuk juga tu nak tengok

Penuh confident tuh pegang basikal..hehheheh..
tu plastik basikal pun tak buka keh..keh..keh..Durrani kata ," angan buka mama," aku pun tak buka ler...biar jerlah..gitu.