Monday, April 20, 2009

sekitar Pesta Buku

Dua hari bekerja untuk Pesta Buku di PWTC, wpun penat tetapi menyeronokkan kerana tercapai juga tujuan membawa artis untuk majlis pelancaran dan juga sesi bertemu peminat dan signing autograf. Walaupun ada artis membatalkan kehadiran pada saat akhir tetapi yang penting majlis tidak terganggu.

Sabtu
kalau tahun-tahun sebelumnya pelancaran hanya dengan menjemput artis untuk melancarkan buku-buku terbaru BPSB ttp tahun ini berbeza sedikit kerana ada diskusi bersama Ketua Pengarang BPSB Datuk A Kadir Jasin, Irma Hasmie dan perantara Azhar Sulaiman. Diskusi bertajuk Menulis dan Berkomunikasi. Cumanya agak terganggu sedikit sebab diadakan di pentas terbuka kalau di dewan aku rasa lebih tenteram. Aku juga tidaklah dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika diskusi berlangsung kerana sibuk menelefon A Galak yang dikatakan datang bersama Datuk Yusof haslam. Ttp pada saat akhir A Galak tidak dapat hadir. Ingatkan datuk pun tidak hadir sama sebab aku tiada no tel. datuk. tetapi tepat jam 3 tiba-tiba datuk muncul di pentas seorang diri. Macho betul datuk tak bawa sapa-sapa pun...bodyguard pun tak bawa.

gambar 3 ahli panel. Mc pd hari tuh sh. Shahirah yg sedang mengandung 4 bulan.

AHAD
Gambar-gambar dibawah pada hari Ahad. Antara artis yang hadir Shila OIAM, Almy Nadia (dia bawa Fiz Fairuz ttp Fiz ke booth Karangkraf), Ainul Aishah, MIla AF4 dan Ally Iskandar (tak sangka dia nak ke booth BP semata-mata nak jumpa dengan aku. terharu sekejap.) Dah lama giler aku tak jumpa dengan Ally rasa lepas jer kahwin terus aku tak pernah berkerjasama dgn dia lg. Dulu selalu panggil dia untuk MC sebab dia sangatlah senang dan sangat profesional.

Masa ni RTM tengah temuramah Shila untuk rancangan Intrend terbitan TV2, nanti tgk ekkk setiap Sabtu jam 4 petang.

Cover Almy Nadia habis dijual. maklumlah Almy sangat aktif mempromosi diri sambil menjual majalah. Kecoh jadinya... apa-apa pun tima kasih Almy sebab jual iremaja.

Haruslah bergambar dgn artis yerrkk. Ramai yang tak kenal artis mana ni??? untuk pengetahuan ini Ainul Aishah pelakon Anak Mami. Dia banyak berlakon filem prof Razak.
Dengan Almy pun harus juga..hahhahhaha wpun dh banyak kali jumpa dia bergambar itu mesti. Opss..lupa plak nak kredit pada k. Zeda sebab menolong menjual majalah kalau tak ada dia tak tahulah. Dah ler microphone rosak pulak time tuh..haru-haru nasib baik suara dia kuat dan lantang. aku masa mula-mula jer pas tuh...adehhh dah penat. Diam jerlah...
Tiga artis yang menyeri gerai BPSB. Terima kasih..terima kasih daun keladi ya..

Sesi kedua jam 4 petang Mila Af4 bersama Ally Iskandar. Sebenarnya Ally tak masuk senarai pun ttp dah alang-alang datangkan haruslah aku ajak dia ke booth BP. Drp 10 minit sehingga setengah jam. Masa bergambar ni ada sorang mak cik tuh rasanya umur dia dh dekat 60-an kot..dia datang dgn anak dia. pastu nak autograf Mila ngan Ally terharu aku tengok mak cik ni.














5 comments:

ANAKIRANA said...

ct..
makin chubby :P

jgn marah statement saya :)

dyeiza said...

hahhaa..btl tak.tue la mu asyk mkn je..kan dah ada ckp mu chubby..

INTAN said...

bang fizz....bang fizz mana?

rynas said...

ana...mmg pun makin berisi hehheh asyik makan jer.

dyeiza nak wat cam ner dah berselera makan jerlah hahhahahah

intan bang fizz tak dapat amik gambolah. ttp dia makin macho dan hansem gitu rambut pendek.

Unknown said...

Penat tapi enjoy. Nasib baik suara tak hilang...