Wednesday, April 15, 2009

jalan-jalan Cari Makan

Sebenarnya macam malas nak story kisah semalam sebab tak ada gambo kan...kamera bateri tak ada. Ttp cari kat google ada pula gambo-gambo spt mana menu yang kita org makan tengah hari semalam kat Spice of India di Pavilion, KL.
Semalam aku ikut team Jelita buat review restoran kat Spice of India. Selalunya makan kat mamak jer kan..rasanya lain tau. Yang kat sini memang pure drp Indian.
First sekali kami diberi makan papadom bersos bersama mango juice.

Lepas tu barulah menu-menu dibawah dibawa. Ehhmm..kari kambing, walaupun sedap ttp aku bukan penggemar kambing so susah nak komenlah.

Yang ini pula nasi briayani dengan udang di dalamnya. Sedap nasi ni, makan nasi ni jer dah cukup kenyang. Waiter ni bawa dalam bekas yg kecil, sikit jer nasi, macam tak sukup jer. Tetapi sekali makan mmg berlebih yerlah nasi briani ni mana boleh makan banyak-banyak cepat muak.
Ayam tandori. yang ini memang aku cadangkan kat korang. sedap, ayamnya lembut jer.
Ada lagi..menu yang tiada dalam gambar ada 3 jenis roti. semua tu aku suka. Makan dengan kari ayam ehhmm..sedap. Last sekali desert, ttp dinasihatkan jika anda memang sangat kenyang janganlah makan desert ni, sebab akan muak. Rasanya sangat manis dengan campuran susu berlemak yang sangat banyak. So bolehlah kalau nak rasa sesudu dua ttp untuk dihabiskan ohhh...tidak!!!!Aku juga suka dekorasi kat sini, cantik. Lepas tu disediakan ruang untuk berparty. Mana tahu nak buat private party ker. Kalau kat Pavilion ni target pelanggan adalah pelancong asing selain warga tempatan tanpa mengira bangsa. Harga boleh tahanlah taklah mahal melampau.
Pesanan penaja**** kak Zeda nanti buat review restoran lagi jgn lupa ajak i yer. Maklumlah nanti i mesti kebosanan menghadap buku di pejabat. I nak ler juga keluar-keluar. Ahaks...jgn lupa tau pesanan penaja.



4 comments:

Mummy Dasy said...

bestnye ayam tandoori tu..

dyeiza said...

mesti dah gemuk.byknye mkn

arediks92 said...

wah ayik2 indian food jer..ualls :)

rynas said...

mummy - mmg sedaplah ayam tuh

dyeiza - mana ada gemuk kawe mkn sikit jer

aton - sekali sekala dah lama tak makan free