Wednesday, April 1, 2009

Narciso Rodriguez



malam tadi bereya-eya nak update blog nie..pastu pglah cari camera kesayangan aku dlm beg..puas cari mana dia nie..oohhh tetiba teringat aku terletak dalam kereta petang semalam masa keluar pergi pasar malam. Bosan seketikalah..maklumlah nak jadi blogger ni camera wajib ada di tangan. Maklumlah hp aku tak berapa canggih huhuhuhu..
jadinya entry pagi ni cerita tanpa gambarlah nanti aku upload kemudianlah.

Petang semalam ada asgment di Carcosa Seri Negara, dah 3 kali asgment ni ditunda atas sebab tertentu akhirnya semalam jadi juga. Pelancaran perfume Narciso Rodriguez memang perfume ni tak berapa familiar sangat dengan aku..tak tahulah ngan orang lainkan. Majlis start jam 3.30 petang. tak banyak majalah pun sebab selected magazine jer yang dipilih. magazine Melayu I-Remaja dgn Jelita jer. Yang lain Inggeris dan berbahasa Cina. Jadinya eksklusiflah sikit sebab tak ramaikan bolehlah try pelbagai produk Narciso. Harumannya boleh tahanlah..wangi..dan segar. Aku suka bauannya sebab lembut. Macam Isey Miyaki lah favourite perfume aku.

Lepas dah habis..jam 4 ptg aku ngan kak zeda angkat kaki ler..nak balik. Lepas tuh kami diberi goodie bag kecil dan comel di dalam ada perfume Narciso 50 ml. Wahh..best ni boleh mencuba perfume baru.

**adakah ini asgment terakhir aku?***

2 comments:

ennieva fauzi said...

boss tak mintak perfume tu? hehehe

Unknown said...

Boss dah dapat banyak perfume yang diantar ke opis. Jadi dia tak heran dah. Hehehe... Tolong jawab untuk Siti.