Hari Ahad, hari berehat di rumah. Bangun pagi pun jam 8 gitu, lepas tuh teruslah basuh baju, sapu sampah sikit, buat sarapan. Alah roti jer...
lepas tuh melipat kain yang bertimbun tuh..dekat seminggu tak melipat haruslah banyak...naik lenguh tangan ni melipat. Aku bab membasuh ok lagi ttp nak melipat ni mmg ler maleh..betol rasanya nak biar jer tak melipat ttp kang malas sangat pulak. Durrani tolong melipat juga ttp dia melipat alahai besar-besar sungguh jdnya. Jam 2 petang kuar ler mencari makanan dulu..sebelum tuh singgah UPM kejap jumpa puan Aton hantar printer kat dia, lepas tu teruslah ke restoran Anjung depan The Mines makan di sana. aku seperti biasalah oder nasi ayam, pasumber, nasi putih dgn sotong pedas.
Masa makan-makan tuh datanglah sorang apek tua, jalan terbongkok-bongkok, pakaiannya kusut masai, di tangannya ada bekas berisi wang. Dari satu meja ke satu meja dia menadah meminta simpati ada juga yang bagi ada yang tidak dan membiarkan saja apek tua itu berlalu. jarang betol ada peminta sedekah Cina nie. selalunya melayu atau org buta saja. Sampailah di meja kami, aku macam biasalah kalau org minta sedekah ni aku tengok2 juga kalau Melayu nampak macam betul memerlukan mmg aku akan bg. kdg2 tuh aku ni prejudis juga betul ker nie...ntah-ntah dah kaya dah peminta sedekah ni. Sebab dulu masa belajar kat USm aku pernah kena...kesian tengok orang buta ni, bagilah sedekah pastu alih-alih naik bas sekali dengan aku..tongkat entah ke mana...jalan bukan main laju lagi. Siap pakai handphone canggih lagi. Hangin lah juga masa tuh.
Ttp suami aku berbeza sikit tak kiralah yg datang tuh, Melayu ke, cina atau India, wanita atau lelaki, kanak-kanak atau dewasa dia dengan langsung tiada syak wasangka aku bg pada peminta sedekah itu alah bg bukan banyak pun RM1 jer. Kalau diikutkan RM1 berapalah sangat kan...dibandingkan dengan nilai ringgit kita sekarang nie. Kira macam bg zakatlah kan...lepas jer apek itu berlalu pergi aku terus jer tanya Durrani, " saper tuh?" dia diam jer..ttp matanya mmg asyik pandang jer apek tuh tuh...sampailah apek tu keluar kedai dgn sebungkus nasi ayam, mungkin tuan kedai yang bagi kot. pastu dia kata, " atuklah mama"
aku pun kata, "aaa...atuk minta duit, sian kat atuk tuh,"
Pastu dia terus jer seluk kocek seluar jean dia dan keluarkan duit RM1 yang aku bg masa kat rumah tadi pastu dia bg kat suami aku. "nah wet bagi atuk."
hehhehhehe..aku terus jer senyum...dah ikut dah sifat laki aku nie hehhehe..
"tak payahlah..atuk dah dapat duit td..yg ni simpan balik," kata aku. Rupa-rupanya faham juga dia..
Sebenarnya nak bagi ke tak nak bagi terpulanglah pd diri sendiri.
Duit kitakan...ttp jika tak nak bagi usah pula dikata macam-macam yang pada peminta sedekah atau orang buta atau pd sesiapa saja. Jika diberi sekalipun bukanlah niat ingin menyokong supaya mereka tidak bekerja menggunakan tulang 4 kerat, tetapi sekadar ingin membantu ikhlasnya ingin bersedekah. Sekiranya dia menggunakan duit itu untk kepentingan sendiri atau mahu menipu sedangkan dia boleh bekerja atau tidak buta itu antara dia dengan Tuhan, biarlah Tuhan membalasnya. Niat kita hanya ingin menderma itu saja. Bukannya luak pun jika diberi 0.50 sen atau paling banyak RM1. Kata laki aku bayangkan jika si peminta sedekah itu malaikat yang diturunkan oleh Allah untuk menguji hambanya.
1 comment:
hehhehe Duranni pun dh ikut jejak tu,,
kami pun kalo rasa nk bg..kkdg xder duit kecik x bg pun :p
Post a Comment