Thursday, April 16, 2009

Habislah...

Huwaaaa...habislah pendrive aku Kingston 4GB yang aku dpt free masa pergi majlis pelancarannya thn lepas. Aku mmg sayang pendrive ni sebab macam-macam aku simpan kat dalam tuh drp story aku, gambar-gambar dan juga lagu MP3. pendek kata macam almari bergerak akulah. nasib baiklah lepas aku masukkan kat labtob aku ok lagi kalau tak haruslah aku menjerit sebab ada bahan yang aku mmg simpan dlm pendrive ni jer.
Uols mesti nak tahukan cam ner pendrive aku boleh dibogelkan cam gini. Ini semua gara-gara Durranilah. Dia mmg pantang tengok barang yang agak pelik sikit mulalah nak mencuba. Masa tuh aku tengah asyik kat dapur basuh botol susu, aku dah tengok dah dia ambil beg aku..ttp tak sangka pula dia nak amik pendrive selalu tengok wallet..tengok duit ada ke tak.
Selepas 1 jam kemudian aku nak guna pendrive dan cari dlm beg aku terjumpa pendrive yg telah dibogelkan sebegini.

haruslah aku tanya soalan-soalan kat diakan..cam polis tanya kat pesalah. Ngaku pulak tuh dia yang rosakkan sambil dok sengih-sengih. kena lah juga ceramah ngan aku aku rasa dia faham kot bebelan aku. Aduhai...anakku..
Ni bahagian depan. aku tak tahu cam ner leh jadi gitu sebab cover pendrive ni mmg kuat dan tahan lasak. Puas aku memikir...

Lastnya supaya aku boleh guna pendrive ni lagi aku sudah balut dengan selepentip hitam. amat buruk rupanya. Tak apalah sebelum beli yang baru skang pun dah murah dah boleh dapat RM50 kot kalau yang 2GB-3GB. Malu juga nak guna ni weehhh kalau begini rupanya.


2 comments:

dyeiza said...

dyeizamakin kreatif lak faten ni.sepatutnya mu bangga tau,bukan senang nak buat cam tu.Cantik pendrive baru mu.hahahahah

INTAN said...

wakakkaa......