Thursday, April 30, 2009

Siapa menang 1 JUTA???...

1 Mei ini Grand Finale One In A Million musim ketiga antara Tomok, Esther dan Aweera. Jadi tunggu jerlah siapa yang akan terkeluar atau pun ketiga-tiga mereka berentap pada malam final nanti. Jika dua musim sebelum ini Suki dan Ayu bergelar juara OIAM siapa pula kali ini?
Mula-mula dulu aku meramalkan Tomok dan Amylea bakal berentap ke pusingan akhir kerana Amylea mempunyai bakat besar selain sangat kreatif menggubah lagu menjadikan lagu sendiri. tetapi Amylea terkeluar juga. Mungkin kerana 8TV tidak mahu artisnya dibayangi pertandingan realiti Akademi fantasia.

Tomok, Amylea dan Esther sering mendapat pujian pengkritik tetap Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Tomok dikatakan sangat berbeza dengan Tomok semasa bersama New Boyz drp segi suara dan persembahan. Mungkin kerana dia semakin dewasa dan dulu terikat dengan syarikat rakamannya.

Dua musim lalu artis yang menyertai pertandingan One In A Million (OAIM) tidak berpeluang menjadi juara. Apabila undian SMS peminat dijadikan sandaran, mereka lebih cenderung memilih muka baru.Lihat bagaimana Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Shila, Alyah, Intan Sarafina dan ramai lagi antara nama yang pernah mencuba nasib musim-musim lalu tetapi gagal menuju puncak dan nama baru yang menjadi pilihan.

Kali ini jika Tomok berjaya bergelar juara ini membuktikan pertandingan itu tidak hanya menobatkan wajah baru sahaja, sebaliknya orang yang sudah ada nama juga masih berpeluang kalau menunjukkan persembahan yang meyakinkan dan berjaya mencuri hati peminat.
Sebelum ini ada artis yang takut menyertainya kerana bimbang menjatuhkan reputasi mereka apabila mudah disingkirkan oleh nama yang tidak dikenali. Mungkin juga kali ini Tomok dan Aweera yang akan berentap pada peringkat akhir..sedikit kelainan kerana tidak pernah 2 lelaki ke final.

kali ini aku mengikuti OIAM sebab nak tengok Tomok. Persembahannya memang berbeza drp Tomok dalam New Boyz. aku rasakan kemenangan pada malam itu akan berpihak pada Tomok jika 8TV ingin menjual artis yang boleh dijual dialah orang yang tepat kerana Tomok sudah ada peminat tersendiri.

Aweera penyanyi rock bersuara jantan..tak sangka pula dia mampu melangkah ke grand finale. Mungkin kerana wajahnya yang cute menyebabkan dia menjadi pujaan gadis-gadis. Aweera ada kelebihan drp segi suara dan persembahan cuma nasib saja menentukan sama ada dia terkeluar atau meneruskan persembahan.

Esther peserta dari Sabah selalu dapat pujian drp Paul Moss. Ttp aku kurang gemar dengan suara dan persembahannya. Ttp kalau 8TV nak undian drp penduduk Sabah dan orang bukan Melayu memang dia akan ke final bersama Tomok. walaupun suara sedap ttp dia tak ada xfactor untuk dijual. Jika menang pun mungkin akan jadi seperti mana Suki atau Ayu. Yang popular Faizal Tahir dan Shila.
Tunggu jerlah nanti.
Ramalan aku: Tomok akan bertanding dengan Aweera.
Alasan: Sedikit kelainan lelaki VS lelaki.
Juara OIAM3: TOMOK


2 comments:

INTAN said...

aku x follow...tp aku slalu layan persembahan tomok tru Utube.....ok juga

Cikgu Liza said...

Aku tak penah tengok.Sebabnya TV kat rumah dari pagi hingga ke malam asyik2 CERIA.Kalau cerita Hegamaru ke, Kampung Boy ke, Hikayat Putera Shazlan ke, aku tahu le...Aku cuma ikut melalui akhbar online.Ramalanku...TOMOK akan jadi juara.