Ni aku petik drp harian Metro dan blog http://myadha.blogspot.com/2009/04/tekad-yuna.html
Berbekalkan suara merdu dan imej yang berbeza dengan penyanyi wanita sedia ada membuatkan penonton berbisik sesama sendiri, mengapakah kita lambat melahirkan bakat sebagusnya tatkala keadaan industri muzik negara ketandusan penyanyi hebat.Yuna, 23, atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, anak tunggal dalam keluarga ini mula bermain piano dan menyanyi seawal usia enam tahun. Mula dikenali menerusi laman komuniti Myspace di Internet, tujuan asalnya mencipta lagu dan mendendangkannya sekadar untuk berkongsi muzik tanpa menyangka sambutan yang diterima begitu hangat.Siapa sangka, gadis bertudung ini akhirnya menjadi sebutan ramai kerana caranya berbeza, selain rentak lagunya mudah diikuti ramai, seolah-olah dia sungguh berpengalaman.
“Saya faham ramai terkejut dengan penampilan saya, tetapi saya tidak buat perkara salah. Saya hanya mahu berkongsi muzik saya dengan khalayak. Saya selesa begini dan saya juga gadis biasa yang ingin melakukan sesuatu kepada industri muzik negara.Saya ingin menghasilkan karya sebagai sumbangan kepada khazanah muzik negara,” kata Yuna yang baru pulang daripada menyertai Festival Muzik Antarabangsa di Singapura, baru-baru ini.
Selain Yuna, festival itu disertai beberapa band indie tempatan seperti Couple, Mia Palencia dan Fourty Winks.Bercerita mengenai langkahnya menempatkan diri dalam arena seni suara, anak kelahiran Subang, Selangor yang membawakan irama pop rock ini baru menyiapkan album EP yang mengandungi lima lagu termasuk Dan Sebenarnya, selain empat lagu Inggeris berjudul Backpacking Around Europe, After Midnight, Blue Sands dan Deeper Conversation.
“Saya berharap dapat mengembangkan muzik saya ke arena antarabangsa. Kalau boleh, saya mahu tembusi pasaran United Kingdom dan Eropah. Saya mahu bawa nama Malaysia ke mata dunia.
ProfilNAMA SEBENAR: Yunalis Zarai
NAMA KOMERSIAL: Yuna
USIA: 22 tahun
LAHIR: 14 November 1986 di Alor Star, Kedah
HOBI: Menonton filem
IDOLA: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang popular pada 1990)
PENDIDIKAN: Masih menuntut dalam tahun akhir di UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang-Undang
*** sayang tak sempat interview Yuna untuk i-Remaja***
3 comments:
l luv yuna...!!!
sya perasan lagu ni hanya setelah Aishah AF7 nyanyi, jadik tercari2 siapa penyanyi sebenar. Ingatkan Indo mari... hehe
laaaaa org kedah kaaaaaaaaaaaa
cek dok igt org indon huhuhuhu...cek tau nama yuna ja..tak tau asal usul org cmna..
uh malunyaaaaaaaaa
Post a Comment