Balik keje semalam aku mengalami sakit kepala yang amat sangat. tak pernah pulak rasa sakit kepala begini. Sebenarnya sakit ni drp pagi lagi tadi ttp aku ni biasalah bila kaki melangkah jer masuk ke opis automatik semua sakit-sakit akan hilang. Bila ngadap pc tak ingat apa dah tambah2 time dateline cam ni. Aku perasan bila aku tidur lambat dan tidur aku tak dapat di cover sepenuhnya kepala aku akan pening, perut pula rasa lain macam jer..macam penuh dgn angin. Pastu mulalah rasa nak muntah, loya-loya gitu simpton-simpton cam orang ngandung tuh. Ttp confirmlah aku tak ngandung. Dulu-dulu time bujang sampai anak satu aku rasa ok lagi tidulah hinggalah 3, 4 pagi, badan maintain lagi. bangun pagi cam biasa pun orait jer. Ttp skng ni aku perasan kalau tidur tak cukup, lambat tidur bg aku tuh kalau jam 3 dan 4 pagi tak tidur lagi mulalah simpton2 tu datang. dan rawatan paling berkesan adalah dengan tidur secukupnya dan semua pening-pening itu akan hilang. Mungkin sebab pertambahan usiakan..
Jadinya selepas amik anak kat baby sitter, dan sampai rumah terus jer aku baring-baring, mata ni mmglah dah tak dapat buka lagi dah. kepala pula makin kuat berdenyut-denyut. Sementara tu laki aku pegi beli makanan. perut tersa juga lapor ehhh..ttp mengantuk mengatasi segalanya. nak tidur anak-anak tak tidur lagi asyik kacau aku bila lelap mata jer..ader jerlah. last-last aku minta laki aku jagakan aku nak tidur sekejap.
Bila terjaga jer perut dah lapor sib baiklah ada nasi goreng yg hasben belikan..hehhehehe jam 2.30 pagi bangun makan jgn badan aku naik sudah. alah lapik perut jer. lagi pun sayang pulak kalau nasi ni terbuang begitu saja kan ker membazir namanya.
Nilah nasi goreng yg aku makan. Nasinya sedap ttp biasalah makan pada waktu bukan waktu makan haruslah tak habiskan.
1 comment:
Aku punya petua dulu masa ada anak kecik.Kalau nak tidur lambat sikit, aku pastikan aku curi masa utk tidur waktu siang.Tak pun, tidur awal sebaik saja azan Isyak, terus sembahyang dan tidur.Kalau nak buat kerja, bangun tidur jam 4 pagi dan settlekan kerja.Badan akan rasa segar.
Post a Comment