Wednesday, April 15, 2009

mama nak mandi

PERHATIAN...bagi ibu-ibu yang masih ada anak-anak yang pandai merangkak dan belum pandai berjalan. jangan biarkan anak anda berseorangan sehingga masuk ke dalam bilik air.
Ni mandi dengan kakaknya.
Sekarang ni Fahim pantang jer buka pintu bilik air laju jer dia merangkak dan terus masuk bilik air. Pagi semalam aku tinggal sekejap jer pegi dapur pastu aku tengok dia dah tak ada kat depan. Aku tengok dia dan duduk dah dalam bilik air tu sambil senyum-senyum. Sambil tangan tepuk-tepuk lantai. Aduh..memang suka sangat dengan air, kalau kakak dia mandi menangis-menangis nak mandi sama.

Tapi yang bahayanya kalau ada baldi atau besen berisi air. Iskk...haruslah ditutup pintu bilik air selalu dan pastikan besen dan baldi tidak berisi air. Aku pun memang tak penah tinggalkan dia berseorangan sebab dah makin lasak.


Merangkak bukan main laju takut aku kejar dia...menuju ke destinasi. Bukannya tau sejuk ke apa. kalau pagi-pagi mandikan kol 7 pagi pun ok..berendam dlm besen. ttp aku mandikan air suam juga kesian. aku pun sejuk...dia apatah lagi.
Ni dah siap duduk dengan bangganya. Memerhati nak buat apa lah lepas ni. Dia ingat leh mandi sendiri lah tuh.

Aku tanya baby sitter aku, rupanya dia pun cakap benda yang sama. walaupun bilik air dia ada simen tinggi sikitkan ttp still dia boleh lepas dan masuk bilik air. lepas tu dia kata selalu tutup pintu bilik airlah. benda-benda macam ni kena selalu beringat. Bahaya wehhh...




3 comments:

Mummy Dasy said...

habis basah ngan baju2 sekali masuk..

arediks92 said...

hahhahaha kalu ye pun Fahim kasi bukak ahhh baju tu, siap ngan pampers hahahha :p

rynas said...

itu ler belum sempat aku buka baju lagi dia dah masuk dulu