Wednesday, April 29, 2009

Metro hari ini...

Aku rasa dah dekat seminggu jugalah cerita mengenai pelakon Norish Karman Pelakon SPA Q tuh dan bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir dipaparkan dalam Harian Metro. Aku yang memang tak tahu punca perceraian mereka pun dah jadi tau..sonok pula membacanya yerlah bila isteri kata macam nie..suami pula kata macam nie. Lama-lama habis perkara dalam kelambu dan kain didedahkan kepada media masa, satu malaysia dah tahu. tak ke itu memalukan. tak apalah masing-masing punya ceritakan...kita sebagai pembaca ni cuma boleh menilaikan sahaja. Ttp yang jadi mangsanya anak-anaklah. Bila tengok ibu bapa bertengkar dan menggunakan media sbg orang tengah..anak-anak pun popular sama.
pada aku benda2 macam ni elok ler selesaikan baik-baik tak payahlah gunakan media massa nie malukan diri sendiri jer...org yang baca akan kata, "ohhh..ahhhh...ehhhh patutlah...rupa-rupanya bercerai sebab ada skandal" gitulah lebih kurangnya. Nama pun selebritikan selalunya mula-mula kahwin rahsiakan dengan siapa dan bila tarikhnya??? ttp bila dah cerai berai sanggup plak dedahkan habis-habisan. padahal nikah kahwin tu lah yang perlu diuar-uarkan

wallahhualam...

1 comment:

INTAN said...

ntah le dwang ni.....x kose nk pikir