Friday, April 3, 2009

lunch di Ruz Aladdin

Sekali-sekala dpt lunch jauh sikit drp office alangkah bahagianya. Bukan selalu dapat makan macam nie. Jadinya semalam kami makan di area Ampang Point sebab editor nak ambil barang di Ampang Point. Mula-mula puas juga memikir makan kat mana last-last kami singgah di Ruz Aladdin berhampiran dengan area Ampang Point. Restauran di bersebelahan dengan kedai Romantika. Sebenarnya aku dah penah datang sini dgn aton ttp bukan makan kat Ruz aladdin lah..jalan-jalan kat Romantika jer.

kalau ada yang kata blog aku pasal makanan jer...Pedulik.... lagi aku suka...biar terliur dorang yang melihatnya hahhahha...(ayat keji jer). Menu sini menghidangkan Briani Johor, Briani Gam..aku belum pernah makan lagi Briani gam selalu tuh dok makan Briani biasa jer yang kat Jalal dan Mahbob kat Bangsar tuh. Ehhmmm...rasanya sedap..kalau saper2 suka makan Briani bolehlah try kat sini...(macam Jalan-jalan Cari Makan ler pulak ekkk). Kat bawah ni menu yang kita org makan. Kami ambil set...
Kita mulakan dengan minuman dulu ekk. Aku order Lemon suam. Pergghh sedaplah. Terasa kemasaman dan kemanisannya. makan briani ni eloklah minum yg masam-masam sikit supaya tak rasa muak gitu.

Diikuti dengan nasi brianinya. Anis Anne tanya naper nasi dia panjang-panjang. Ginilah rupanya nasi Briani...berasnya berbeza dgn biasa. Ttp tak leh makan banyak2 sebab cepat muak. Ttp aku boleh habiskan briani ni sepinggan..sebab sukakan..lg satu tak breakfast td.

kalau briani mesti ada acar timun nanas ekkk.. Memang dah gitu menunye..

Ini rendang ayam. Kita orang order rendang ayam dan daging. rendang ni ada telur sebiji.

yang ini pulak dalca. makan sampai habis..pastu ada papdom.
harga kat sini boleh tahanlah. Sebab menu pun ok harga pun oklah bg aku. Sorang makan dalam RM10 lebih jer. Harga biasalah kalau makan briani kat mana-mana pun akan mencecah RM10 ke atas.





3 comments:

arediks92 said...

WOWWWWWWW

x singah romantika ker?

INTAN said...

wah wah wah

Raja Nor Azeda Raja Uda said...

Kira okay le tu Siti. lebih baik le cita pasal makanan dan anak-anak awak daripada dijadikan tempat mengutuk dan membantai orang. Buat dosa kering aje... Akak suka baca blog awak ni. tapi takle buka waktu lapar. hehehe. Keep up the good work.