Friday, April 24, 2009

permainan durrani

Bila jaga anak-anak kat rumah macam-macam peel aku rasa. Ngadanya bukan main lagi. Ingat boleh jugalah melipat baju yang berlonggok dlm bilik tu. Ttp aku lipat Durrani punggah..aku masuk dalam bakul dia angkat keluarkan. Hai tak jadi kejalah nampaknya. Begitu jugalah dengan mainan dalam bakul kat ruang tamu tu habis dia keluarkan semua..aku masuk..dia keluarkan last2 aku biarkan jerlah.
Lepas tu bukan nak main mainan sangat pun saja suka sepah-sepahkan...mainan yang dia suka ni ha kat bawah ni. Asyik betul kalau dapat buka beg duit aku tengok duit ada ke tak...lipat2 masuk poket dia. sebab tu lah kalau boleh nak pakai baju ada poket.

Inilah mainan yang paling dia suka. tambah-tambah kalau nampak duit besar cam gini. walaupun tak faham lagi ttp bila nampak kertas besar tandanya banyak ler tuh. Hari tu pernah sekali bb sitter aku bagi duit RM20 dia kata ada dalam poket seluar. Dia amik sendiri ler tu sebelum hantar ke rumah baby sitter. patutlah aku rasa dompet aku kosong jer.
Ini mainan kedua. Macam mana dia boleh nampak kelambu baby tu. Terus jer minta buka dan main. adik pun bukan main seronok main dalam kelambu tuh.

Ini permainan koyak-koyak kertas namanya. Memang suka ler koyak kertas..kalau nampak buku pun baca sekejap jer pastu koyakkan. Ini dia dapat sampul duit raya..terus jer buka dan koyak-koyakkan. Menyepah lagi adalah..mainan masak-masak, teddy bear bukannya tak ada..ttp memang suka main yang bukan-bukan. budak-budaklah katakan..yer tak???


1 comment:

Cik Suri said...

mesti durrani bakal menjadi gabenor bank negara...kalau tak pun, akuantan. sebab tu suka sangat main dgn duit.