Thursday, April 2, 2009

belajar berjalan

Sila abaikan yang bersepah tu yer.

Pada 1 april semalam, genaplah usia Fahim 9 bulan. SEkarang nie dia dah boleh berdiri sendiri, kemudian dah boleh bertatih beberapa tapak sambil berpaut pada kerusi, meja atau apa sahaja yang boleh dipegang. Bila dia penat dah boleh duduk sendiri dah so dah tak risau sangat kalau biar dia seorang. Cuma takut jer kalau tiba-tiba Durrani datang dia geram ker hapar ker mulalah nak tolak.Bukan boleh percaya sangat tuh..

Mula-mula duduk dulu..
Pastu baru bangun perlahan-lahan..capailah apa yang patut dicapai..

Ohhh sudah berjaya berdiri dengan jayanya sambil memegang hujung katil.

Pastu nak melangkah ke depan...ttp takut lagi kuda-kuda tak kuat lagi. Harap2 dapatlah berjalan sebelum usia setahun nie.



2 comments:

Mummy Dasy said...

alahai comelnye.. cepatnye 9bulan dah nak jalan

NuRuL DhiA said...

tomei nye fahim, sama la ngan feez, 9bln da sibuk bertatih