Thursday, April 30, 2009

haiwan BABI tidak pernah buat manusia aman

Perihal yang dikatakan Babi atau Khinzir ini membuat kita hidup tidak pernah tenteram dan aman. Dari satu angkara ke satu angkara, dari satu penyakit ke satu penyakit yang di bawa oleh haiwan yang dipanggil BABI atau KHINZIR ini.
Malah Babi juga adalah sejenis haiwan yang jarang-jarang mendapat liputan khasnya dalam media-media negara-negara Islam.Kerapkali liputan yang diberi pun oleh negara-negara barat dan negara yang halal babi menyiarkan tentang keistimewaan dan keenakan masakan atau resipi babi seperti Roast Pork, Sweet and Sour Pork, Bacon and scramble egg, Smoke Ham dan lain-lain lagi.
Hari ini babi dah mula kembali mendapat liputan dalam media-media kita kerana angkara babi membawa satu lagi penyakit yang cukup mengancam seperti dalam lapuran AP:

ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?

http://mummyrokiah.blogspot.com/

/me: sebab itulah Islam mengharamkan binatang ini. Janganlah lepas ni kerajaan Selangor dan Kedah (dua-dua PAS) nak teruskan juga projek penternakan BABI dia dua negeri tuh. Dulu masa UMNO memerintah macam-macam dikatanya. sekarang boleh pulak..alahai.

No comments: