Friday, April 24, 2009

baca novel kedua...

Sekali air sungai melimpah... sekali pasirnya pun berubah...
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. kenapa sukarnya untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!

Cuti 2 hari aku sudah berjaya menamatkan pembacaan novel AKU ADA KAMU karya Lili Haslina Nasir. Kerana nak menghabiskan juga aku lupa seketika bab2 nak mengemas rumah ni. sampai Fahim pun bosan agaknya aku asyik dengan novel jer..dia amik dan koyakkan kulit depan huhuhu..sedihnya. Ceritanya best ada sedih, misteri, shahdu, cinta ...macam-macam ada. Sebab tu ler aku berusaha habiskan juga.

Sekarang aku tengah baca novel Rahsia hati Sofea karya Nazurah Aishah. Aku beli masa ke Pesta Buku tempoh hari. Mulanya tak tahu nak beli novel apa...selain novel Norhayati Berahim yang memang aku suka baca. aku tanya pandangan Lili (officemate aku) dia mmg pembaca novel setia. cakap jer novel apa mmg dia dah baca..sebab tu aku dptkan pandangannya.
Dia cadangkan aku beli novel diatas, sedap katanya, mampu menitiskan air mata.
Ok Lili aku nak mulakan pembacaan aku ni walaupun jauh terkebelakang dibandingkan ngan ko hehheheh.

4 comments:

INTAN said...

aku pun baru dpt buku dr pesta buku ari tuh

ennieva fauzi said...

Aku borong lima novel Aku Ada Kamu kak Lili, dua novel Norhayati Ibrahim, Hlovate..lagi sorang aku tak ingat...bila nak baca? Wallahualam..sekarang ni aku giat habeskan Munajat Cinta Taufiqurahman el Azizy..novel islamik, persoalan islam dikupas mendalam...contohnya, kenapa kita percaya pada Islam sampai ke paling simple, Tuhan itu lelaki ke perempuan. Bagus. Aku memang collect novel dia nih...

INTAN said...

aku budget rm200 ari tu utk pesta buku....tp skrg aku hold semua buku sbb fokus pd buku agama..

travelog haji dgn travelog dakwah...

Cik Elie said...

aku pun borong sakan kat book fair tu, tak sedar duit tinggal 3 hinggit, cukup2 wat bayar parking..penangan buku n novel...selamat membaca la, rasanya stkt ni, mesti ko dah berjaya habiskan tu...