Detik-detik terakhir sebagai wartawan I-remaja ni masa banyak kat opis jer. Menghabiskan story yang ada. Sepatutnya dateline dah lepas dah..ttp memandangkan ini isu last rasa macam tak nak tutup2 lah boleh gitu hahhaha..marah karang edtor aku. Cuma tinggal stori isu jer lah terpaksalah back to dateline lama 10hb.
tengah hari semalam ada lunch date dgn Bennie, wah-wah bila jumpa dia ni macam-macam cerita. hal opis, hal keje termasuk juga hal cinta hehhehe sudah berpunya ker Ben ???tak per janji hati sedang bahagia. lain-lain citer nanti update kemudian yer Ben. Ben belanja kat teppayaki maklumlah baru dapat bonus ..sonok dengar naik gaji dapat bonus. mewah sungguh..tak per rezeki yg dapat dah dikongsi ngan aku. makan-makan sambil sembang-sembang haruslan panjang jadinya last2 tengok jam dah dekat 1.30 pun jalan-jalan dululah kat Midvalley tuh cuci mata nak membeli duitnya ngak ada. lepas tuh pegi MPH jalan-jalan tengok buku terbelilah juga buku untuk Durrani.
hari ni kena balik lambat sebabnya ada majlis hadiah wartawan malaysia 2008 kat Hotel Istana. jam 7.45 gerak dr opis dan sampai 8.15 malam. Duduk semeja dgn semua HOD yang lain. Majlis dimulakan dengan persembahan diva kita Datuk Ct Nurhaliza, wahh dah makin berisi sikit dulu dah ramping sikit..senang betul badannya turun naik. Masa nyanyi tuh nampaklah dia mengah masa nak tarik lagu..selalu dia ok jer..adakah dia mengandung????? ehhmmm mungkin jugakkan hehhehe sajer buat spekulasi. kalau mengandung alhamdulillah..sian kat mak iti kita tuh tak dapat anak lagi. Lepas tu ada ucapan drp Perdana Menteri kita yg Baru Datuk Seri Najib Tun razak, sayang masa ni aku dah balik dah.
lepas dah makan-makan semua jam 9.50 malam nak lah beredar ttp majlis tak habis lagikan macam tak best pulak. ttp kalau menunggu mahunya jam 11 malam baru habis. bukan tak nak tunggu teringat pulak anak kat umah baby sitter tak amik lagi. terus jer bg tau Charles Raj mahu gerak dulu dia pun senyum-senyum jer sambil buat lawak tak bg balik..aku kata tumpang kak Ema. jam 10.15 malam amik kete kat opis lepas tuh..alamak!!!! tertinggal hp pulak kat meja atas amik hp dulu barulah pecut ke rumah. jalan clear ok lah kan...sampai umah baby sitter dekat jam 11 malam...suami dah menunggu kat sana...hahhahah anak-anak aku belum tido lagi. sedang bermain-main dgn mak ida. terus jer balik umah sampai umah Durrani tuh bukannya mahu tidur nak lagi main komputer, nak tengok Upin dan Ipin pulak. aku paksa dia tidur...kalau tak mahunya jam 1 pagi baru dia tidur. last-last tidur juga dengan linangan air mata..ohhh nangis rupanya...
No comments:
Post a Comment