Sudah lama aku meninggalkan hobi ini, rasanya selepas kelahiran Durrani. Itu pun kerana gangguan setiap kali aku ingin memulakan pembacaan si kecil sibuk juga ingin membaca. Akhirnya aku membiarkan novel begitu saja.
Kini minat itu semakin meluap-luap...keinginan untuk membaca datang semula. Akhirnya kerana terpengaruh dengan komen-komen di blog penulisnya Lili Haslina Nasir aku pun menempah satu drp penulisnya, dulunya dia bekas penulis majalah Jelita. Balik rumah memang tak sabar nak baca terus jer tatap helaian demi helaian. Wow sungguh teruja aku nak menghabiskannya. Walaupun ada gangguan nak juga curi-curi masa membaca. Bila datang keseronokan..dan rasa ingin mengetahui cerita hingga ke akhirnya maknanya novel itu memang best ler.Itu ler yg aku rasa....
Nantilah aku buat review pasal novel ni yer. Skrng belum boleh sebab tak habis baca...
1 comment:
1. hehe dr skolah mmg x suke baca novel2 ni...
2. kesimpulannya, mmg x suke subjek BM, petah lagi ble kene tulis karangan berjele2
3. tu pasal skang jadik cgu kira2 bkn bahasa hehehehe
4. esok ada kursus bahasa hahaha x best sabtu kene dtg skolah, pepun slamat membaca.....
Post a Comment