Info yang harus dibaca terutamanya wanita sama ada dah berkahwin atau belum, pernah mengandung atau tidak kerana sesiapa juga boleh mendapat fibroid.
FIBROID
Adalah ketumbuhan dalam rahim.
Punca Fibroid
Disebabkan oleh hormon wanita iaitu estrogen dan progesterone. Sepanjang usia kesuburan tubuh menghasilkan tahap tertinggi kedua-dua hormon ini dan berkurangan selepas wanita putus haid, fibroid akan mengecut.
Simptom Fibroid
Darah haid keluar dengan banyak berbanding normal. Jika fibroid berdarah @ menekan organ lain simptom juga akan muncul:
1. Haid yang lama dan anda kerap berasa kejang.
2. Rasa perut ditekan @ penuh
3. Sakit bahagian bawah belakang
4. Sakit ketika hubungan kelamin
5. Kerap membuang air yang tidak boleh di tahan
6. Anemia ( disebabkan darah haid yang banyak), berasa letih dan lemah.
Fibroid juga menyukarkan wanita untuk hamil, boleh mendatangkan masalah seperti keguguran @ kelahiran bayi pra matang.
Diagnosis
Melihat simptom yang dialami, pemeriksaan bahagian pelvis (ultrasound ). Doktor juga boleh mengukur saiz fibroid dan dimana ia tumbuh.
Rawatan
Pil perancang keluarga untuk mengurangkan jumlah darah haid yang banyak.
Pengambilan pil zat besi @ memakan makanan mengandungi zat besi yang seperti daging, kacang dan sayur-sayuran hijau.
Pembedahan myomectomy , membuang fibroid kecil, hysterectomy pembedahan untuk mengeluarkan rahim.
Rawatan fibroid
Pembedahan.
Sebelum pembedahan dilakukan, doktor akan mengambil kira faktor usia dan gejala yang dialami. Terdapat dua kaedah pembedahan yang dilakukan iaitu:-
Pembuangan fibroid sahaja (Myomectomy).
Kaedah memotong dinding rahim dan mengeluarkan fibroid ini dilakukan ke atas wanita yang masih belum mempunyai anak, tetapi berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata.-
Pembuangan rahim (Hysterectomy).
Kaedah ini hanya dilakukan kepada wanita yang telah mempunyai anak dan mempunyai pelbagai jenis fibroid. Rawatan ini dilakukan bagi mengelakkan fibroid tumbuh semula.*
Hysteroscopic resection.
Pembedahan bagi fibroid yang berada dalam rahim (submucous) dengan menggunakan alat yang dimasukkan melalui faraj dari pintu rahim.Melalui teropong dan kamera, sistem fibroid dapat dilihat dan dipotong melalui peralatan canggih.*
Pembedahan melalui laparaskopi* Uterine artery thrombosis. Kaedah yang menyekat pembuluh darah yang membekalkan darah ke fibroid adalah sama dengan teknik angiografi iaitu dengan memasukkan kateter ke dalam pembuluh darah dan memasukkan bahan yang akan menyumbat salur darah yang mengalir ke fibroid.Sekatan darah ini akan menyebabkan sel-sel fibroid mati dan mengecut sendiri.
Nasihat pakar
Bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.
Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.
Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian PAP SMEAR secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.
p/s: Ohhh untuk anak kedua ini aku belum melakukan ujian PAP SMEAR, masa anak pertama dulu 4 bulan selepas bersalin dah buat, alhamdulillah ok. yang ni anak dah 10 bulan tak buat lagi asyik tangguh2 jer...nurse dah banyak kali tanya tuh...rasanya nak buat lepas balik bercuti nanti. Chaiyok..chaiyok..ngeri juga nak buat sebenarnya...ttp memikirkan kesihatan tabahkan hati juga. alahhh..tak sakit sangat pun..ttp malu dong ahhhh!!!!
4 comments:
buat la, x sakit hehhe tu la tu segan ooo
HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
BAK SAKIT2 PUAN NI CUKOP SERIAUUU
CEK TAK WAT LAGI HUHUHUHU JOM JEMAAH RAMAI2 BUAT HAHAHAH
ohhh harusla aku fwd info ni kat wife aku masviona.... thnx 4 d info
Aku baru je buat baru-baru ni.( ada dalam entry aku)Tak sakit pun...Tapi malu gak le.Nurse tu selamba je...
Post a Comment