Tuesday, April 7, 2009

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

Untuk panduan diri sendiri dan semua. Kot-kot membantu

Petua 8P Ustazah Siti Nurbahyah

1) P yang pertama ialah PUJI iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
*** selalulah juga puji-puji ni, aku suka kalau kena puji. kalau hasben tak puji pun aku suruh dia puji...hahhah "sedap tak mama masak. cantik tak baju mama"***

2) P kedua ialah PELUK yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
**** oh sekerap yang mungkin setiap hari ekkk..ehhmm akan dipraktikkan***

3) P seterusnya ialah PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
**** Hadiah??? besday??? aniversary??? (abang kena baca ni)***

4) PERHATIAN adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.
**** yer..yer setuju..setuju...***

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili PERSEFAHAMAN
**** kalau tak sefahaman gaduhlah tiap hari jawabnya***

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
**** yer isteri kena jaga maruah diri dan suami begitu juga suami***

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah PERCUTIAN di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
**** yang ni.asyik tak penah jadi jer..nak pegi lepas kawin dapat anak. anak pertama besar sikit dapat anak kedua. ni tunggu si kecil ni besar sikit bolehlah kot. hahhahah jgn dpt yg ketiga plak udah***

8) Katanya, P yang terakhir ialah PERMOHONAN iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
**** apa-apa pun Allah yang memberikan semuanya. ttp kita kena usahlahkan***

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga," katanya.

3 comments:

Cikgu Liza said...

Puji-selalu gak aku puji dia handsome walaupun org lain tgk mungkin tak handsome.
peluk-aku memang selalu peluk hubby sebab macam teddy bear,gebu n melantun.keh..keh...
penghargaan-bila ada duit lebih bagi la jugak.Ikut budget la..
percutian-berdua-duaan tak pernah.Bawa anak penah la.Aku rasa seronok lagi bawak anak...
Surah Al-Imran ayat 31, InsyaAllah.Akan ku praktikkan.

Anonymous said...

Hahahahaha, Surah Al Imran 200 tu mmg aku amalkan memasak nasik, terutama membasuh beras, wat air untuk suami... agar suami nak mkn di rumah je, kunun2 nye sedap le masakan aku tu
apa2 pun sesiapa yg x amal...elok sgt amalkan
InsyaAllah

MummySuri said...

kakak, P yg akhir iaitu PERMOHONAN agak bahaya jika tidak dibaca sebaik mungkin...takut permohonan untuk bini no 2...hehehe