Wednesday, April 15, 2009

makan time

Ni menu malam tadi uols. Balik jer dr office aku terus singgah pasar malam. Sebenarnya memang tak tahu nak mkan apa, ala-ala semua menu2 kat p. malam ni aku dah try hehhehe...memang riaklah. Selalunya tengok makanan tu bernafsu lebihlah semua sedap jer...semua nak beli jer. Tapi disebabkan terpengaruh dengan blog kirana yang ada letak mangga muda tu dan blog Intan yang letak jeruk meruk tuh aku cari juga benda alah di bawah ni sampai jumpa
Yerlah uols..sebenarnya aku pg pasar malam cari rojak buah nilah...termengidamlah pulak kan. Tulah kengkawan letak makanan-makanan yg ada kena mengena dgn favourite aku ni. haruslah aku carikan. Bila nampak jer makcik tu jual rojak terus je aku order, "rojak satu". Ttp rasanya sangat pedas aduhhh mengalir air mata kesedihan aku bila makan. Makcik ni moden sikitlah rojaknya siap ada anggur ngan epal hahhahah. ttp aku mmg tak leh ingat rojak buah kat pasar malam seri gombak, kuahnya perghhh pekat giler. sedap plak tuh. sampaikan akak aku kat selayang pun kdg2 oder juga.
Menu kedua adalah yong tau fu. sebenarnya tak teringin pun nak makan ttp tengok setiap kali aku pegi pasar malam orang beratur panjang. haruslah ada sesuatu kan..aku pun berbarislah juga. lama juga tak makan yong tau fu ni.

Bila dah letak kuah...dan makan..ehhmm sedap patutlah org ramai beratur. lepas ni bolehlah beli lagi. ok sekian sahaja menu hari ni. harap maklum.


2 comments:

dyeiza said...

macam sedap je yg tau fu tue..harus cuba nih balik bln depan.ngidam ni..

rynas said...

ahaks..mmg sedap tau. gua pun baru jer try..