Tuesday, June 16, 2009

waduh-waduh panasnya .

Waduh..waduh panas betul kat luar sana tu. Ohhh..ini entry betul-betul aku tulis kat office tau yg selalu tu AUTO PUBLISH sajork..jd kpd sesiapa yang kata, 'aku tak der keje boleh update blog sampai 2,3 entry sehari, sebenarnya aku buat auto publish malam-malam tulis dua, atau 3 entry (kalau tk penat ler) kemudian auto publish jerlah nak pukul berapa. Apa ingt kat opis aku tak bz ker?? boleh buka blog memanjang. Bz weehhh ...bz tahap gaban dan cipan nie ahaks....ini pun ambil masa lunch sebab aku tak kuar lunch sudah membeli cendol dgn rojak dekat mamak Van tu (benie kalau aku letak gambo mesti ko terliur.. ko kan ngidam hehheheh).

Ohh apa aku buat hari ni, sebenarnya aku baru balik dr One Utama, jumpa dgn Sari Yanti, pelakon Kaisara tu. Ambil gambar kahwin dia sebab nak buat projek dgn artis-artis yang baru melangkah ke gerbang perkahwinan ni. Jadinya ramai ler artis yang dah kahwin aku kena jumpa. Ini kira baru permulaan dan Sari adalah artis pertama yang aku jumpa. cadangnya mahu bertemu di dalam One Utama jam 1, bolehlah lunch dgn dia, tetapi Sari ada hal pulak, terpaksalah memilih gambar dan tranfer ke labtop aku di dalam kereta dia sahaja. Mudah dan cepat sebabnya semua gambar yang aku nak Sari dah pilih. Dia tahu apa yang aku nak. bagus-bagus menyenangkan kerja aku.

Aku pernah dua kali buat cover dengan Sari, senang bekerja sama dgn dia tak banyak songeh orangnya baik dan lemah lembut. Educated dan sgt low profile.
sempatlah aku tanya, "bila nak ada baby?", katanya belum ada rezeki lagi. Dia pun tak plan apa-apa.
Oh aku kata, "tak per insyaallah ada ler tu nanti"

sebenarnya nak jumpa Liza Gua.com, di sana ttp disebabkan kepala tengah pening sebab panas aku malas bebenolah nak masuk 1 utama tambah dah jam 1 lebih mahunya bercinta cari parking. sebab itu aku balik terus ke opis tanpa jumpa dia..."sorry ekkk Liza sebab kak ct tengok kereta tak henti2 masuk parking. Kalau akak masuk mahunya 1,2 jam cari parking, lain kali kita jumpa ekkk,"

5 comments:

Anonymous said...

hehehe best kwen kwen ni

MeL said...

sari yanti..ala i suka sgt tgk dia. cantik & petite je orgnye..klu jumpa lg kim slm ye hehe (mcm la dia kenal i)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

sori yek..lari tajuk sket... ada homework utk awk lar..itupun kalu rajin...jengok eh...

INTAN said...

skrg panas betoi..nk kuwar umah pun rasa malas...duk dlm umah pun membahang

MummySuri said...

takpe, bukan kakak je yg malas nak parking kat ou tu, saya pun. smalam parking tepi jalan je...sib baik tak kene saman...