Wednesday, June 10, 2009

jom berinai

Balik kampung tadi Durrani telah melihat tangan atuknya yang merah berinai. Lalu atoknya berjanji nak memakaikan inai pada Durrani. Selepas mandi elok jer dia minta inai dr atoknya dek kerana telah berjanji terpaksalah ditunaikan.
Ini inai Mekah. Senang sahaja picit dan sapukan terus pada jari. Inai jenis ni tak tahan lama dua, tiga hari dah hilang warnanya. tak macam inai giling itu mahu sebulan warna masih melekat pada jari.
Mula-mula pakaikan sebelah tangan jer dulu, lepas itu dia nak dua-dua belah tangan pula. tengok ler betapa gumbiranya apabila dapat berinai.

Aku minta dia tayang inai pada jarinya. Itu baru jer pakai dan belum basuh lagi sebab itu lah nampak kotor sikit


SElepas 20 minit, "mama cuci mama"
aku pun membasuhkan jari jemarinya dgn air. Lihatlah hasilnya, memang merah waktu mula-mula basuh.
Pose sambil menunjukkan inainya. "lihatlah hasilnya"
Lepas dah sapu tangan dia minta sapu kaki pulak. Idoklah aku nak sapu kesemua jarinya..aku sapu kuku sahaja. Kedua belah kaki di sapu dengan inai.
Selepas dah siap, atoknya berkata, "try sapu tepi kaki pulak"
aku ni teringin gak nak buat eksperimen kat anak..huhuhu..bkn tandanya aku nak dapat menantu cepat yer uolss saja suka-suka nak tgk reaksinya apabila melihat inai dikaki. Dia sangat excited uols...senyum sampai ke telinga.
Inilah hasilnya apabila kaki dan tangan diinai. Pastu mak aku buat lawak," ala nak jadi pengantin ker" lagilah dia senyum-senyum sambil sebut 'penantin' bukannya dia faham pun apa itu pengantin. Ttp masa pg kenduri hari tu baru tunjuk mana satu pengantin.
Masa hantar ke rumah bb sitter pg tadi terus mak ida tgk tangan dan kaki berinai, "alah fatin balik kampung kahwin ekkk..tak cakap ngan mak ida pun," masam jer mukanya sebabnya dia tak mau pg rumah Mak Ida, seronok bercuti agaknya.

5 comments:

Anonymous said...

ohh pengantin ... ngper x lukis atas tangan mcm untie kawen..ehehhe
rasa bersemut jer jari kan ehhehe

INTAN said...

x lama lagik timang cucu le hang...wakkaka

rynas said...

wakakakkaka...gelak-gelak..

ibu_Arifa said...

memang cam pengantik ler anak akak nih..ayu jer dok jaga inai dia tuh!!

NizA said...

ohhh pengantin kecik...hehehe...