Wednesday, June 3, 2009

Badak Berendam namanya

M3 hari ni mengenai kuih muih uols..kalau td kuih koci yang ni Badak Berendam pula...ehmm sedap juga nama tu. Kenapa dinamakan Badak Berendam ya? Mungkin pembuat kuih ini tahu asal usulnya. Nak kata macam badak tidak juga ttp bentuknya yang gemuk seperti badak dan direndamkan dalam tepung yang dimasak mungkin adalah sebab kenapa dinamakan badak berendam. Walaupun namanya agak buruk dan kalau difikirkan mengenai Badak seekor binatang yang besar dan gemar 'berkubang' istilah orang Kedah atau kata lain berendam dlm air menyebabkan akan hilang selera makan tetapi aku mmg suka dengan kuih yang berasal drp negeri cik siti wan kembang.

Mungkin rasanya yang manis dan lemak berkrim tambahan pula memang aku penggemar kuih muih manis seperti akok dan lompat tikam. Apa persamaannya ??? kedua-dua kuih ini drp Kelantan..dan lagi kedua-duanya bernama pelik tetapi rasanya sedap. Ada lagi jika dilihat akok sangatlah buruk rupanya, sebagaimana buruknya rupa begitulah juga namanya tetapi betullah kata pepatah don't judge the book by it's cover. Tetapi makan sekali pasti mahu lagi.

Inilah rupanya Badak Berendam yang aku beli di pasar malam, petang semalam. Rasanya berbeza sedikit drp yang pernah aku beli sebelum ini. Kuahnya agak pekat dan badaknya (3 biji bebola itu ler) keras sedikit sehinggakan aku makan sebiji dan terus mematikan mood aku untuk menghabiskannya.
"agaknya pembuatnya bukan orang Kelantan,"
"Hello, ingat orang Kelantan sahaja tahu membuat kuih ini,"

p/s: dah lama tak makan akok kat kedai kelantan area Pantai Dalam tu.

3 comments:

Anonymous said...

sekali pandang mcm buahh dadas huhu

INTAN said...

tekak aku xleh terima kuih AKOK..manis bangat...leh sakit paru2 aku

Anonymous said...

sekali pandang terfikir gak apa ni? rupanya kuih..he he.tak pernah mkn lg, tp mesti rasanya sedapkan..ada kuah