Monday, June 1, 2009

berhenti kerja

Selalu kita dengar ayat-ayat begini apabila seseorang wanita yang belum berkahwin dan mempunyai keinginan untuk berhenti kerja dan dia berkata kepada sahabatnya yang sudah berkahwin

" Ko tak aperlah dah kahwin kalau nak berhenti kerja pun boleh ada orang tanggung"

aku rasa tidaklah semua wanita dikurniakan suami yang dapat menanggung makan, minum, pakai, hutang piutang serta perbelanjaan isteri apabila isteri berhenti kerja. Lainlah kalau dari mula lagi isterinya memang tidak bekerja aku rasa bolehlah sebab tak payah nak adjust lagi kehidupan. Tapi kalau sejak dari awal isteri memang sudah bekerja kemudian berhenti kerja dan suami menanggung sepenuhnya memang susah di situ. Sebab apabila dua-dua bekerja masing-masing dah ada tanggungjawab. Suami bayar yang itu..isteri bayar yang ini. Walaupun gaji isteri tidaklah sebanyak mana pun, dan begitu juga suami tapi bila dah dicampur bersama bolehlah dibahagi untuk membayar bil, sewa dan hutang piutang. Jadi kalau isteri berhenti kerja dan suami terpaksa menanggung semuanya memang menjadi beban kepada suami.

Tapi kalau berkemampuan apa salahnya. AKu pun nak juga duduk rumah goyang kaki, jaga anak tapi dapat income tiap bulan seperti mana kita bekerja.
Ohh syok aper..duit gaji pegi shopping jer. Kalau begitu barulah boleh mengeyakan seperti ayat di bawah ini..

" Ko tak aperlah dah kahwin kalau nak berhenti kerja pun boleh ada orang tanggung"

Tapi best ker kalau tidak bekerja?????

6 comments:

mamanoa said...

hmm..sejak da ader anak ni..da 2-3kali gak la ter-pk nk benti keja..sbb nk fully BF anak..somi xkisah jer..tp biler pk utang PTPTN,duit nk bg parent n adik-bradik lagi..xkan nk suh somi tangung gak..rasa melampau jer..

Fadhlina Budiman said...

betol betol.I setuju

Mummy Dasy said...

betul2... mmg ada perasaan mcm tu tp x reti ah coz sll dut sendiri apejek nak boleh beli tanpa kengkangan tp klu duit hubby mesti pk 2,3 kali klu nak beli yang bukan2

INTAN said...

aku x pnh tfikir utk tidak bekerja memandangkan aku suka ada duit hasil penat lelah aku sndiri...mungkin le sbb laki aku bukan org kaya....tp, cuti 3 4 ari kat umah pun buat aku bosan

rynas said...

mamanoa- betul tu saper plak nak bayor utang dan bg duit kat mak kan kalau tk kita

fadhlina - betol..betol..betol (ikut Upin dan Ipin)

mummy -betul senang guna wet sendirik

intan - aku pun rasa cam ko jugak Intan dok umah 2,3 hari pun dh bosan inikan pula tak keje

arediks92 said...

uihhhh nnti xleh la jd 'career women'
lg...uhh bkn snang pada aku nak tinggal kan title ni...
lg pun duit sndiri carik...kepuasan tuh...hahahah enjoy..to all career women:)