Banyak betul dugaan minggu ni. Ini cerita semalam...
Semalam aku ada shooting pengantin pagi dan petang, hai..selagi tak habis shooting ni mmg tak senang aku (hahhaha dah nak termuntah aku tengok baju pengantin hari-hari).
Yang menjadi masalahnya, balik jer dr rumah baby sitter petang sebelumnya, aku rasa badan Fahim panas balik,
begitu juga dgn batuk dia makin menjadi-jadi, nafas pun dah lain macam, macam nak kena lelah. kata baby sitter dia tak nak makan ubat, bila makan dia luahkan balik. Patutlah badan dia panas balik.
malam tu fikiran aku runsing, nak kerja ke cuti????...kalau aku tak ada shooting esok paginya mmg aku dah ambil EL dah. Mula2 ingat nak cansel jer ttp memikirkan model aku ambil cuti, sian pulak, takkan nak cansel lagi pun susah nak deal balik, kalau aku tak suka cansel job last minit dia orang pun sama jugakan???
Jadi untuk kebaikan dan profesionalisme kerja aku teruskan shooting pagi dan petang tu aku cuba nak bincang dgn Vee dulu mana tahu dia boleh membantu. Sebab petang tu mmg kena balik awal, fahim dah gitu, sian pulak kat baby sitter nak jaga anak.
Aku pun call Vee make up artis dan cerita kat dia betul-betul masalah aku, "ala proceed jerlah kak, lagi pun Vee kan ada. vee tahu macam mana nak shoot semua tuh. akak nak balik pun tak per,"
Aduhhh...Lega bila aku dgr gitu, jadi shooting pagi dan petang aku proceed mengikut perancangan.
Hubby aku dah masam muka dah, kalau boleh mmg dia nak aku cuti,
memanglah saper yg tak kasihan kalau anak demam dan sanggup biarkan dia dijaga org lain.
selalunya kalau tak ada benda urgent mmg aku ambil EL jer.
Ttp kali ni mmg tak boleh nak EL sebab semua benda tu aku dah plan dan membabitkan 3 pihak, butik, model dan make up artis. Lagipun aku fikir aku letak fahim kejap jer petang karang aku ambillah dia. nasib baik company aku ok, tak kisah nak balik awal atau apa, nak cuti kalau masalah anak sakit ni mmg senang sangat. as long as ko pandai-pandai ler siapkan keje ko, ko nak cuti tak ada org kisah.
begitulah kerja di bidang penerbitan ni, memang seringkali berurusan dengan orang dan mengikut deadlina. jadi apabila apa yg kita rancang tiba-tiba kena cansel atau tak jadi mmg ler agak menggelabah di situ, sebabnya kita terpaksa membuat plan yang baru dan mengikut time orang itu.mahunya orang itu bulan depan baru free dan deadline sudah hampir, dan by hook or by crook kena dapatkan juga bagaimana???
sebab itulah seboleh-bolehnya cansel atau posponed asgn pada saat-saat akhir amatlah tidak disukai dan sebolehnya dielakkan melainkan masalah yang betul-betul urgent sahaja membabitkan kemalangan atau kematian. Itulah susahnya nak memahamkan orang, waima hubby sendiri, kadang kala terpacul juga drp mulut dia "kerja keras sangat anak demam pun tak nak cuti"
bukan masalah tak nak cuti, kalau setakat kerja di pejabat sahaja tak membabitkan org lain di luar pejabat mmg boleh bercuti, ttp apabila membabitkan ramai pihak, memanglah sukar untuk membatalkannya. Ttp ntah lerr..tak ramai yang faham ....
1 comment:
sian akak...berbelah bagi...hrp akak dpt wat keputusan tuk kebaikan kedua2 pihak...
Post a Comment