Pagi-pagi Jumaat ni nak sentuh mengenai politik sikit, biar terbuka minda dan jiwa. Dah lama dah tak sentuh mengenai politik tanah air yang bergolak bak air laut. Tidak pernah tenang dan damai. walaupun ekonomi merudum, dunia dan negara diancam selsema khinzir, ancaman elnino, namun politik malaysia tetap teguh ditempatnya sehingga menutupi masalah-masalah besar yang lain.
Sekarang ni tak habis-habis mengenai isu kerajaan perpaduan yang aku kira jika diteliti dan dikaji serta dilakukan dengan penuh keikhlasan akan membawa kebaikan kepada negara khasnya kita orang Melayu beragama Islam. Bukankah kita umat islam disuruh bersatu dalam satu saf yang sama???
* Baru sahaja Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan tetapi sudah mendapat maklumbalas negatif, sedangkan belum lagi dibincangkan antara kedua belah pihak. mencadangkan tidak semestinya menyertai, dan berbincang juga tidak semestinya bersetuju. Baru cadangan sudah menentang, kenapa tidak dibuat muzakarah dulu, dibincangkan pro dan kontranye. Lihat kelebihan untuk rakyat bukan untuk diri sendiri.
* yang aku hairan bin ajaib kenapa apabila nak diadakan perpaduan dgn Umno yang sah-sah Melayu dan Islam ada pulak yang menentang habis-habisan, tapi kalau dok berpakat dengan DAP yang bukan islam serta PKR yang dah tentunya milik DSAI perosak tu nak pulak. Bukankah lebih bagus bekerjasama dengan orang islam drp kafir yang dah tentu tidak memperjuangkan orng Islam.
*Buanglah rasa bongkak, takbur kerana mahu rebutkan kuasa. Jgn fikir Umno menggunakan atau PAS dipergunakan, baik fikirkan kebaikan untuk kita org Melayu dan Islam amnya. buangkan sifat kepartian yang begitu menebal dan cari jalan untuk kemajuan kita melayu di negara sendiri. Ikhlas sangat penting...
/me: cuma satu jer aku fikir kalaulah kerajaan perpaduan ni dpt dizahirkan akan terpekik terlolonglah puak-puak di sana terutamanya penyokong DSAI dan DAP, musnahlah harapan dan impian untuk mentadbir negara.
No comments:
Post a Comment