Aku ni kalau member2 kahwin mmg suka dtg lewat2 pun bukan apa kalau dtg time orng makan atau sanding takda maknanyer boleh jumpa atau amik gambo. kalau dtg lewat2 sikit semua boleh. Aku bawa ler sekali mak dgn kak chak dan keluarga dia.
hahhahah first2 gambar ni mmg ler tak tahu siapa. tak dikenali bukan juga kaum keluarga atau sahabat aku. Ni suami aku ler ni pandai jer amik gambo..ntah sapa2 ntah. pandai plak pilih yang muda...pompuan tu plak control cun jer..
Ha tu dia nilah pengantinnyer..Noraini Lokman. tema hari tu hijau lumut
Sempat ler aku bergambo atas pelamin. Ini kalau dtg awal jgn harap ler nak bergambo atas pelamin ni nak tgk pelamin pun susah agaknya.
See bergambo dlm bilik sekali dgn pengantin lagi. Suami aku tak ada dia jd cameraman.
Ini brg hantaran drp lelaki kpd pihak perempuan. Lupa nak tanya berapa dulang semuanya. karang jd kepoci plak kan..
Ini gambar pelamin tema hijau dan gold. oklah sederhana sahaja sesuai dgn orangnya.
Nilah kak chak@kak Bib@Joyahglamer. Inilah penyeri suasana.kalau dia tak dak sunyi jer...
Baju kuning bonda tercinta. sembang-punya sembang rupa-rupanya 'Kulaan' Kulaan itu maknanya adik beradik atau bau-bau bacang. bahasa banjar. Yer rupa-rupanya aku ada bau-bau bcang dgn pengantin, baru tau..iskk..iskk..tak sangka pulak.
Inilah faedahnya membawa akak aku ini kerana dia boleh menyuapkan nasi untuk anak aku. banyak anak aku makan. hari tu ada dua kenduri..dua-dua dia makan banyak.
Ini Along anak buah aku, malu jer bila pakteh dia amikkan gambo. pemalu orang nyer..nak amik SPM thn ni..ttp tak per dia sgt pandai...InsyaAllah dpt yg terbaik.
Itu jerlah gambar2 masa kenduri hari tu. lepas tu Ahad pun pegi 3 buah kenduri. Memang kenyang makan kenduri jerlah aku balik kampung hari tuh. Cadangnya nak jalan2 ke Penang atau ke Lost World tambun, Ipoh pun tak sempat..rasa kejap jer 4 hari tuh.
3 comments:
hai...
ada tag yer utk rynas...
sila ler jenguk2 ke blog fiza...
wa..wah first time kita ditag nie tenkiu..tenkui
byk kenduri no skrg ni
Post a Comment