Wednesday, June 10, 2009

main dalam kereta

Aku kalau bertolak balik kampung pagi atau tengah hari, memang ler agak memenatkan sedikit sebabnya Durrani dan fahim memang tak reti nak diam. Fahim tak mau dipegang langsung. kalau dilepaskan memanglah dia akan ke depan tempat driver siap nak tarik stereng lagi. Si kakak pula pun sama bergayut kat tingkap pastu belum sampai keluar KL lagi mulalah buka mainan dia. Dia ingt kereta tu macam rumah agaknya.
Inilah habis dibuka semua mainan dlm beg tu dan main. nasib baik ler tempat duduk belakang tu dah jadi macam bilik dah siap boleh tido lagi. Siap susun kereta jadi panjang...kemudian jatuhkan kereta tu..susun balik.
Sebab itulah sonok jer dia main. Tanpa memikirkan yang kereta sedang bergerak..janji boleh main. kalau agak-agak husband aku brek mengejut menyebabkan mainan dia bersepah dia jerit ler, "abah..lajunya" sekarang dah pandai dah kalau tgk kereta lori atau bas siap cakap, "bahaya ler"

Siap gaduh-gaduh lagi dlm kereta sebab adik kacau dia main.

fahim pula suka duduk kat celah kaki.Seronok agaknya terhoyong hayang.
Bila dah penat terus tertido. Badan kat bawah kepala jer letak kat toto.

Ini pula masa nak balik dr kg ke KL, bertolak 6.30 petang. Aku suka kalau bertolak petang-petang ni, bukannya apa dorang sonok main sekejap jer pastu masing-masing dah ngantuk. sebab dah petangkan, mata pun stim jer..aircond plak tu sejuk..kalau tengah hari panas.
Masa ni Fahim jer sonok main, kakaknyer masuk kereta terus baring dan tido. Dia pulak nak kacau-kacau kakak.
Tgk ler tido dengan lenanya. Aku pakaikan pampers dan tido terus sampai KL. Senang keje aku tak payah nak berhenti2 nak buang air (dasar mama pemalas ni hehheh) sebabnya aku pun boleh ler berehat sama sambil melelapkan mata barang seketika.
See...sebab itu ler aku suka kalau balik petang. Anak-anak boleh tido dengan lenanya drp mula masuk kereta sampai ler ke KL. Perjalanan pun aman jer tanpa gangguan dan tangisan. Tak payah nak berhenti, terus jer...3 jam lebih sikit dah sampai rumah. kalau berhenti2 ni maunya 4 jam lebih sampai. Tapi husband aku drive laju jugak..kadng2 sampai aku tegur kereta kat depan..yerlah dah rapat sangat barulah nak potong. Aku yang kat belakang ni naik takut dibuatnya nak tido pun tak senang hehheheh. Itu kalau mood nak bawa laju ler..kalau rasa nak santai-santai biasa jerlah.

4 comments:

niza said...

sy pun klu blk kg suka dah lewat2 ptg...biar smpai sana mlm...tenang sket dok dlm keta klu anak2 dah tido...hehehe...

INTAN said...

hamoi.....dlm keta dh mcm kat umah je aku tgok...hehe

MeL said...

aduhai, siap main mainan dlm kete ye..hehe ;)

arediks92 said...

mcm kt umh la plak :P