Hari ni bangun awal benor, 5.30 dah bangun. Sebabnya nak mengemas baju untuk balik kampung. Malam tadi tak sempat kemas ngantuk sangat terus tido. cadangnya nak bertolak awal pagi ler..hehhehe pagi saya ni taklah pagi beno. Jam 10 pagi kira awallah tuh.
Tapi kita ni merancang jerkan..tup..tup ada kematian kat kg hasben kat PD. Atuk sepupu kot gitulah kiranya. Kebumi jam 11 pagi. Tak best pulak rasanya kalau dia tak balik walapun sedara jauh, jadinya hasben sahaja balik sorang. dan lepas Jumaat karang barulah kami bertolak ke Parit Buntar. Mahunya petang jam 7 baru sampai rumah ni. Tak aperlah pandu perlahan-lahan, biar lambat asal selamat. Durranilah excited bangun pagi terus nak mandi dan pakai baju cantik, katanya nak lik kampung.
2 comments:
salam takziah...
drive elok2 tau...take care!!!
tq Niza
Post a Comment